Rahsia Belajar Di Universiti

Tanpa disangka dapat semua A

Saya memang tidak sangka…

Betul, memang tak di sangka…

Saya sambung study Master of Computer Science dekat UiTM atas kehendak bapa saya. Isteri saya pun sambung sekali belajar master dalam bioteknologi. Isteri saya dapat MyBrain, tapi saya tidak. Takpelah.. yuran UiTM adalah paling murah berbanding dengan universiti. Lagi pun ibu bapa saya ada support dari segi kewangan untuk yuran. Bagi kursus cam saya MCS, bayaran lebih kurang RM1700-2000 satu semester.

Saya buat secara part time sebab saya bekerja. Saya kerja dari rumah sebagai Software Engineer. Memang ada masa la tuk buat apa-apa. nak buat assignment ke, buat project ke, buat hal-hal lain.

Semester 1 memang saya ada target dapat A semua subject, dan usaha saya memang tip top. Saya sentiasa berusaha sehingga saya faham. Subjek Automata tu saya rasa saya seorang dapat A. Automata ni lebih kepada Matematik. Kalau faham flow, memang senang la skor. Saya selalu buat kelas perbincangan setiap assignment. Saya ingat lagi markah test 1 tuk subjek ni saya dapat 45/50. Member lain ade dapat 28/50, ada yang 7/50, ada yang 13/50. Memang tengok result diorang agak teruklah. Boleh ke diorang lepas MCS sebab semua budak master mesti dapat sekurang-kurangnya B dalam semua subjek, dan mesti dapat CGPA 3.0. Kalau bawah CGPA 3.0 diorang gagal untuk dapat MCS.

Subjek Research Methods plak, saya kena banyak baca journals, articles dan buku. Memang kena ready dari awal semester. Dah lah masa saya buat degree takde buat final project yang berkaitan dengan research. Memang tonggeng la. Saya minta tolong daripada isteri, abang sulung saya (dia masa tu sedang buat Master in Enginering kat UM), dan adik saya (sedang buat PhD di USM). sebelum hantar complete journal, saya suruh adik saya baca, ok ke tak. dia cek grammar je la. Flow, ok la.

Alhamdulillah, unexpectedly dapat juga semua A walaupun A- kiranya macam A la kan seperti gambar di bawah ni.

exam result sem1

Semester 1

Semester 2 ni memang saya sangat busy sesangat. Walaupun saya kerja dekat rumah, tapi saya kerja sampai lewat malam semata-mata mahu siapkan kerja. Kerja sebagai software engineer memang kena siapkan kerja within the expected time. Lelagi ada new feature enhancement on system, memang memeningkan kepala. By hook or crook, mesti siapkan segala task yang diberi. Kalau tak, memang semua team akan gagal capai objective.

Tambahan pula, anak saya yang kedua baru dilahirkan pada hujung bulan Januari 2016. Berjaga malam memang selalulah. Dah lah tidur lambat, bangun lagi tengah-tengah malam. Saya ada 2 anak. Memang mencabar. Saya hanya mampu belajar dalam kelas je. Balik kelas, saya tak usik buku. Sebab masa tu la kekadang saya nak rehat.

Sampai bulan terakhir, memang sangat busy. Assignment, project, term paper semua kena siapkan sebelum hujung bulan Jun 2016. Sebab 6 Julai 2016 dah Hari Raya. So lecturer bagi la sebulan atau 2 bulan awal sebelum due date. Tapi saya masih buat last minutes. Sebab semester ni saya tak ada mood tuk study betul-betul. Saya buat ala kadar je. Faham pun alar kadar. Buat assignment saya lebih kepada idea sendiri. Tapi ade 2 subject saya hantar term paper lewat. Hari raya ketiga, iaitu hari jumaat baru saya dapat siapkan term paper subject ASE dan hantar via email. Masa buat term paper tu, memang tenang je. Takda stress, mungkin sebab cuti raya yang panjang selama seminggu dan tiada beban kerja. So saya boleh la buat dengan baik, walaupun lewat hantar.

Mungkin lecturer baik hati, dia still kira percentage yang baik walaupun lewat hantar. Maafkan saya Dr… Memang saya cuba buat yang terbaik, cuma nak cari mood tu kekadang tak dapat. Balik kampung baru ada mood, walaupun masa tu Hari raya, sedara datang rumah tidak membawa apa-apa masalah untuk siapkan term paper.

Alhamdulillah, saya masih tak sangka yang saya boleh dapat semua A, lelagi subjek Compiler tu, cam tak caya, walaupun saya rasa saya buat ala kadar. Terima kasih pada ibu bapa saya, isteri saya, adik beradik dan kawan-kawan sekelas…

Alhamdulillah.

exam result sem2

Semester 2

Ada 2 sem lagi tuk complete master ni. Doakan saya yer.

Pst: Sesiapa berminat nak tahu cara saya study, boleh la beli ebook ini yang saya buat sendiri. Mana tahu anda pun boleh berjaya skor subject yang diambil. saya cuma bagi panduan, selebihnya adalah tindakan atau usaha anda.

 

 

Temuduga sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di UTeM

Pada 8 Jun 2016, saya menghadiri temuduga di UTeM sebagai Pegawai Teknologi Maklumat F41 secara kontrak. Saya tengok senarai peserta temuduga lebih kurang 27 orang. Sebelum dipanggil interview, pegawai memanggil setiap peserta untuk melihat setiap dokumen atau sijil yang dibawanya.

Walaupun sijil atau dokumen tidak disenaraikan secara spesifik dalam surat temuduga, tapi common sense la kan interview kerajaan ni… sijil lahir, sijil degree, transkrip, ic, spm.. semua kena bawa.

So saya group pertama yang masuk bilik interview. Setiap group ada 5 orang, dan saya adalah no 5. Dalam bilik interview tu ada VC, Ketua Pendaftar 1 & 2, Ketua Peg TM, dan lain-lain. Kesemuanya ada 6 orang.

VC mengetuai kumpulan interviewer dan memulakan pertanyaan. Biasalah, soalan yang ditanya adalah ceritakan latar belakang, education, working experience dan sekarang buat ape. VC cakap, mulakan menjawab dalam BI dulu, lepas tu boleh la cakap dalam BM.

So, saya orang kelima yang menjawab soalan. orang 1,2,3,4 semua jawab dalam BM. Cerita background sendiri pun cakap BM. Saya pun pelik juga, sebab VC da bagitau, cakap dalam BI dulu. Tapi bila tiba giliran saya bercakap, saya popet la dalam BI sampai habis untuk menjawab soalan VC.

Selepas itu, Ketua Pegawai Teknologi Maklumat pula bertanya, apakah sistem atau software yang dilakukan sekarang. Bagi yang sedang bekerja macam saya ni oklah. Tapi bagi orang yang fresh grad, atau sedang sambung master, kenalah cerita pengalaman yang lepas masa degree ke, masa praktikal ke, diorang kendalikan sistem ape.

Selepas tu, Ketua Library kalau tak silap bertanya, apa yang kamu tahun pasal UTeM. So boleh la cerita background UTeM diasaskan. Ada yang cakap diorang suka environment kat UTeM sebab dia grad dari UTeM, ada yang cakap UTeM fokus pada teknikal dan sebagainya.

Next, salah seorang interviewer tanya, apa yang selalu kita buat mengisi masa lapang. So, soalan ni, eloklah dijawab yang kita ni bersosial, main futsal ke, maraton ke, aktif bersukan, aktif dengan masyarakat. Ada yang cakap dia suka bagi makan kucing terbiar, aktif dalam NGO dan sebagainya.

Sebelum tamat sesi interview, VC tanya ada pape soalan? So, masa ni saya tanya 2 soalan, iaitu berapa orang diperlukan dan bila keputusan interview. Ada sorang tanya boleh ke mohon kenaikan gaji bedasarkan pengalaman. Dan yang lain tidak bertanya apa-apa. So, kalau boleh prepare la beberapa soalan untuk bertanya.

Oleh kerana interview da lama berlaku, keputusan pun sudah ada. Saya berjaya. Alhamdulillah. Sekarang pun sedang menunggu sama ada permohonan saya untuk kenaikan gaji diluluskan atau tidak sebab gaji yang diberikan adalah fresh grad F41, termasuk elaun adalah 3+++k

Apabila saya hantar surat resignation, syarikat swasta yang saya kerja sekarang ni nego dengan saya, dia naikkan gaji 1k kalau saya sambung. Kalau nak ikutkan gaji di swasta ni da menghampiri 2 kali ganda daripada gaji yang ditawarkan oleh UTeM.

Apa-apa pun saya decide kerja di UTeM sebab dekat dangan mak ayah di Melaka. Alhamdulillah. Bak kata orang, duit boleh dicari., tapi kebahagian keluarga dan kasih sayang ibu bapa dapat dirasai apabila kita sentiasa dekat dengan mereka.

 

 

 

 

 

Sibuk ketika belajar

Maaf, saya busy. Blog ni pun tak update.

Memang tidak dinafikan, semasa belajar di universiti, ramai pelajar melakukan banyak perkara dalam satu masa, antaranya:

  1. Banyak assignments/ projek/ presentation
  2. Aktif dalam persatuan/ kelab
  3. Bekerja part time
  4. Ada yang sudah berkahwin dan berkeluarga
  5. Ada yang study part time kerana bekerja
  6. Ada yang sedang hamil ketika belajar

Disebabkan perkara di atas, ramai yang susah mencapai keputusan cemerlang dalam belajar. Mana taknya, assignment nak kena hantar, tapi kerja untuk cari duit pun mesti dilakukan. Akhirnya, ada yang buat last minute atau hantar over due date.

Takpe, yang penting, janji hantar semua assignments, project atau sewaktu dengannya sebelum habis semester. Cuba jumpa pensyarah dan terangkan situasi anda, mesti diorang akan memahaminya.

Akhir kata, wajib hantar tugasan yang diberikan oleh pensyarah walaupun anda sibuk dengan urusan lain sepanjang semester.

Hantar, jangan tak hantar.

 

 

First Semester Study Master

Saya ambil coursework dalam CS secara part time. Masa kelas pertama ramai la dalam 18 orang camtu. Tapi lama-kelamaan, tinggal 10 orang je.

5 laki dan 5 perempuan.

Memang adat la masing-masing banyak hal. Sambung Master ni pun da overload commitment kehidupan kita.

Apa yang saya nampak mereka behenti mungkin kerana:

  1. Masalah kewangan. Travel jauh contoh dari Kajang ke Shah Alam. Lalu tol lagi. RM18 pergi balik. Siapa yang tak tahan kan. Sebulan dah kena belanja RM100 untuk tol, belum minyak lagi, makan lagi, duit buku itu dan ini.
  2. Masalah bebanan kerja. Ada yang kena kerja Sabtu dan Ahad. Kekadang syarikat diorang dapat projek baru, so kena kerja lebih masa la.
  3. Masalah putus cinta. Ada seorang member ni couple satu kelas. Sebelum putus cinta, memang semangat ambil Master dalam bidang yang sama. Sudah register, sebelum kelas pertama bermula, mereka putus cinta. Jadi si awek ni pun minta tangguh pengajian. Mana bestkan ex-couple sekelas. Sebab tu jangan couple lelama.
  4. Masalah peribadi. Ini biasa dengar lah sebab diorang memang tak citer.

Saya pun tengah gelabah ni. memandang sudah nak dekat akhir semester, berlimbun assignment, project, presentation dan sewaktu dengannya kena submit.

life must go on.. buat jer lah, jangan tak buat. itu yang penting. Janji lepas semester ini

Jangan tangguh buat assignment atau projek

Saya ada seorang kawan. Dia memang seorang komited, bersungguh-sungguh dalam setiap subjek yang diambilnya. Sebut jer apa nak buat tentang assignment, semua sudah ada di kepala. Apa yang perlu di letak dalam assignment, topik apa, isi kandungan apa dan sebagainya. Beliau memang buat bersungguh-sungguh.

Lecturer bagi masa hantar projek pada week-14. Sekarang sudah week-3. Beliau sudah siap lebih kurang 5 pages projek. Saya memang respect dengan beliau sebab saya pun belum start lagi.

Untuk maklumat, saya sekarang sedang melajutkan pelajaran MASTER di UiTM Shah Alam, dalam bidang Science Computer. Saya buat secara part time. So semester ini saya ambil 3 subjek sahaja.

So far, memang agak complicated sikit. Saya sudah tambah satu cabaran dalam hidup saya iaitu menuntut ilmu sambil bekerja dan sudah mempunyai keluarga. Saya sudah ada anak dan isteri. saya bekerja lagi kekadang sampai ke tengah malam. Tak tahu lah perasaan apabila dapat assignments atau projects. Memang kekadang gelabah juga.

Salah satu benda yang membuat saya terkesan dengan kawan saya ini ialah, jangan menangguh sesuatu kerja dan fokus dalam setiap apa yang kita buat. Kekadang dia tanya dalam whatapp group sama ada sudah start buat project ke belum. Dia saling memperingati kawan-kawan yang lain untuk start awal. Ini yang menaikkan semangat saya untuk start.

Jadi insyallah saya start minggu ini. Doakan yer

Selamat Menempuh Alam Belajar

Saya tahu bulan setember pada setiap tahun adalah permulaan pelajar baru masuk ke universiti untuk program ijazah sarjana muda dan master (coursework). Pelajar senior juga akan kembali ke kampus untuk meneruskan pembelajaran.

Alhamdulillah hari ini adalah hari kemerdekaan bagi negara kita, Malaysia. Merdeka daripada penjajahan British. Namun, kita sebagai pelajar belum lagi merdeka jika kita belum tamat pengajian. Kita tidak boleh juga berasa bebas daripada segala-galanya kerana kita sering kali mempunyai tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Oleh itu, sebagai pelajar anda harus tahu bahawa keadaan masa hadapan anda akibat penentuan dan tanggungjawab yang anda ambil pada hari ini. Selagi kita boleh bernafas, berfikir dan bergerak, berusahalah kita sehingga mencapai apa yang kita mahukan.

Usah takut dengan kegagalan. Tempuhi saja dengan usaha, doa dan tawakal. Insyaallah berkat restu ibu bapa kita boleh mencapai yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Selamat maju jaya.

Persediaan sebelum masuk universiti

Saya tahu, zaman sekarang ramai ibu bapa mahukan anak-anaknya masuk universiti. Pelbagai persediaan harus dilengkapi sebelum melangkah masuk ke alam universiti. Di mana di alam ini, pelajar-pelajar akan diuji akalnya sama ada boleh melepasi pengajian dengan baik atau tidak.

Berikut merupakan persediaan anda sebelum masuk ke universiti:

  • Study Mindset – set minda untuk belajar. Anda masuk universiti adalah kerana anda mahu belajar betul-betul, menjadi rajin, fokus dan berfikiran positif. Kekadang, pelajar ini lupa tanggungjawab mereka sehingga tidak pergi ke kelas, buat assignment last minit, tidur lewat malam, lambat bangun sehingga lambat masuk kelas dan macam-macam lagi perangai negatif. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai study mindset dalam pemikiran mereka.
  • Mempunyai Matlamat – Set berapa CGPA yang kita nak, berapa subjek yang perlu dapat A dalam semester tersebut. Tetapi, banyak pelajar tidak tahu apa CGPA yang mereka nak, dan ada yang tidak tahu apa itu GPA dan CGPA. Mereka hanya going with the flow.
  • Tulis Matlamat – setiap apa yang kita nak dalam hidup ini, perlu ditulis. Kalau boleh tulislah setiap hari di buku diari tentang apa yang kita nak untuk hari ini, esok, lusa, minggu ini, bulan ini, tahun ini dan berikutnya.
  • Imiginasikan Matlamat – gambarkan yang kita sudah perolehi segulung diploma atau ijazah dengan kepujian first class. Gambarkan setiap malam sebelum tidur, atau selepas bangun tidur, atau waktu mandi.
  • Setkan Kewangan – target berapa bajet bulanan, berapa punca pendapatan, dan berapa mahu simpan sepanjang satu semester hingga semester akhir.
  • Setkan tindakan kita – contoh mahu pergi library setiap hari, belajar berkumpulan, buat assignment di awal waktu, rajin berjumpa lecturers dan sebagainya yang menjurus kearah peningkatan pembelajaran.

Akhir kata, change one habit, your life will change.

 

habit

Ebook Menulis Impian

Ebook Rahsia Resume Lengkap

Facebook page

Traffic Loves

  • 215,259 Views

Ebook Rahsia Mendapat Ijazah Kelas Pertama

Ebook Bejaya dalam MUET

Ebook Pengurusan Masa