Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Membuat Pilihan Tepat Sebelum Masuk Ke IPT

Membuat Pilihan Tepat Sebelum Masuk Ke IPT

Image

Kepada adik-adik yang baru sahaja habis dan tamat belajar di sekolah menengah, saya nasihatkan, seboleh-bolehnya buatlah pilihan terbaik dalam memilih IPT kerana terdapat banyaknya Kolej dan Universiti di Malaysia ini yang tumbuh bagi cendawan lepas hujan. Hal ini kerana, IPT yang mempunyai reputasi yang cemerlang akan menggilapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran anda serta memudahkan anda memperolehi pekerjaan. Berikut adalah saranan daripada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin:

Khaled: Jangan terburu-buru pilih tempat pengajian

19 November 2012

BANGI – Pemilihan tempat pengajian terutamanya di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tidak perlu dibuat secara terburu-terburu, sebaliknya ia memerlukan pertimbangan yang sewajarnya, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata dengan lebih 500 IPTS yang berdaftar dengan kementerian merangkumi universiti swasta, kolej universiti, kampus cawangan universiti luar negara dan kolej yang masih aktif, ia memberi ruang kepada bakal pelajar membuat pilihan yang terbaik.

“Mereka tidak perlu terburu-buru membuat pilihan. Mereka perlu melihat institusi itu. Hari ini dengan jumlah yang begitu banyak ia sepatutnya memberi ruang yang lebih untuk memilih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan nama baru Granada International College kepada International Open College (IOC) serta pelancaran produk aplikasi Meteor Live di Universiti Tebuka Malaysia (OUM) di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata pada masa sama, pemantauan terhadap IPTS akan diteruskan daripada masa ke semasa untuk memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang ditawar terus terpelihara.

Mengenai penubuhan IOC, beliau berkata kehadiran kolej itu amat dialu-alukan sebagai satu lagi pilihan kepada yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam.

Rujukan – http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=709962


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: