Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Kesilapan pertama sebagai pelajar – TIADA MATLAMAT BELAJAR yang jelas

Kesilapan pertama sebagai pelajar – TIADA MATLAMAT BELAJAR yang jelas

Di sini saya mahu menghuraikan beberapa kesilapan yang dilakukan oleh pelajar semasa belajar di universiti. Walau bagaimanapun hari ini, saya ingin menceritakan kesilapan yang pertama yang biasa dilakukan oleh pelajar universiti iaitu TIADA MATLAMAT BELAJAR.

Saya rasa anda sudah biasa dengar apa itu Matlamat. Dulu masa di sekolah, cecikgu semua pernah tanya, apakah azam anda pada tahun ini dan juga cikgu sekolah rendah pernah tanya apakah cita-cita anda bukan?  Atau anda sering dengar di TV dan radio dalam rancangan motivasi bersama Dr. Fadhilah Kamsah menceritakan tentang azam tahun baru atau matlamat hidup. Sering kali juga ada pergi kursus motivasi atau program suai kenal, mesti ade selitkan sesi tentang matlamat anda.

Baik, anda sebenarnya sudah biasa dengar pasal MATLAMAT sejak dari sekolah lagi. Bosan ke isik dengar pasal matlamat ini. Kalau anda bosan, anda sebenarnya sudah mempunyai pemikiran yang negatif tentang asas pembinaan kejayaan. Saya mencadangkan anda tidak perlu membaca lagi ayat seterusnya melainkan anda tune balik pemikiran anda dengan berfikir secara positif. Katakan – Ya anda perlukan matlamat.

Matlamat adalah batu asas kepada kejayaan. Umpamanya rumah, batu asasnya adalah tiang. Tanpa tiang, rumah tak boleh dibina. Begitu juga kejayaan, tanpa matlamat, anda tidak boleh cipta kejayaan sendiri. Anda seperti kosong, kosong, kosong (lagu najwa latif) dan mengikut apa sahaja peredaran masa dan persekitaran. Sebagai contoh, anda menunggu rakan-rakan serumah siap, barulah anda pergi ke kelas. Jika rakan anda lambat siap, maka anda pun lambat ke kelas. Jika begitu, anda sebenarnya dibentuk oleh persekitaran anda. Orang seperti ini kebiasaannya tidak ada matlamat.

Oleh itu, anda perlu membuat sendiri matlamat anda. Kalau boleh setiap hari mesti ada matlamat. Set dalam kepala, apa yang perlu dibuat pagi ini, tengah hari ini, petang ini dan malam ini. Apabila sudah set dalam kepala, anda perlu tulis dalam buku. Artikel berikutnya saya akan kenapa perlu tulis. Menulis itu sebenarnya adalah suatu yang POWER jika anda amalkan setiap hari.

Bagi pelajar, anda perlu set apakah grade yang anda mahu bagi setiap subjek. MESTI ADA MATLAMAT untuk dicapai dalam setiap subjek anda. Sebagai contoh seperti gambar di bawah ini:

matlamat

Jika belum ada matlamat ini, buatlah sekarang.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: