Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Kesilapan kedua sebagai pelajar – TIDAK MENULIS MATLAMAT

Kesilapan kedua sebagai pelajar – TIDAK MENULIS MATLAMAT

“Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tuliskan.” (Al-Qalam: 1-2).

Pena = Pen atau alat tulis.

Tulisan adalah suatu anugerah tuhan pada setiap manusia dan setiap manusia di dunia mempunyai bentuk tulisan yang berbeza antara satu sama lain. Malah ada kajian dibuat tentang kaitan bentuk tulisan dengan tingkah laku seseorang.

Walau bagaimanapun, berapa lamakah sehari kita menulis? Ada 30 minit tak kita menulis satu hari? Banyak antara pelajar universiti mengabaikan perkara ini. Jika tidak kerana pensyarah menyuruh anda menyalin nota, mungkin pada hari tersebut anda tidak akan menulis langsung.

Menulis sebenarnya satu benda yang POWER. Banyak orang tidak menyedari tentang semua ini. Tetapi orang yang pandai menulis, mereka bukan saya menjadi seseorang berjaya bahkan merupakan suatu ibadah jika anda menulis untuk mengajak kebaikan dan menolak keburukan.

KE-POWER-AN menulis ini sangat SUPERB, HEBAT dan malah BOMBASTIK jika anda amalkan setiap hari.

Cecuba tulis setiap pagi selepas subuh seperti berikut:

  1. Niat untuk hari ini. Seperti, jumpa pensyarah untuk korek soalan test.
  2. Matlamat hari ini. Seperti, jumpa pensyarah pada pukul 12pm.
  3. Misi hari ini: Seperti, telefon dulu pensyarah sebelum jumpa.

Setiap kali lepas sembahyang subuh, tuliskan niat, matlamat/visi dan langkah/misi dalam buku.

Seterusnya cecuba tulis setiap hari sebelum tidur seperti berikut:

  1. Matlamat keputusan GPA untuk subjek semester ini. Contoh GPA 4.00 flat (target biar tinggi)
  2. Matlamat keputusan CGPA untuk ijazah atau diploma anda. Contoh, nak dapat CGPA 4.00 flat (target biar tinggi)
  3. Matlamat anda nak jadi apa selepas abis ijazah atau diploma. Contoh, anda nak keje ape, jadi ape, keje untuk ape.
  4. Matlamat 5 tahun akan datang. Contoh, anda nak kahwin tahun 2015, beli rumah, mesti ada duit simpanan 20k.
  5. Matlamat 10 tahun akan datang. Contoh, anda nak buat bisnes, nak dapat gaji 10k sebulan dll.

Semasa nak tidur, cuba bayangkan matlamat yang anda tulis tu. Kalau anda ada tulis anda nak dapat CGPA 4.00, bayangkan anda dapat kertas keputusan peperiksaan itu ada tuli 4.00 flat gitu. Selepas ini saya akan ceritakan kenapa anda perlu bayangkan matlamat anda itu…

cuba buat ini dulu.. amalkan setiap hari menulis, menulis dan menulis MATLAMAT.

menulis111


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: