Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Kesilapan ketiga sebagai pelajar – Tidak menggambarkan kejayaan anda

Kesilapan ketiga sebagai pelajar – Tidak menggambarkan kejayaan anda

Apa bila anda sudah mempunyai matlamat dan telah menulis matlamat di atas kertas, seterusnya anda perlu menggambarkan, membayangkan atau imaginasikan matlamat itu telah tercapai.

Sebagai contoh:

Anda mempunyai matlamat mendapat A dalam subjek Matematik dan anda telah pun menulis “Saya dapat A dalam subjek Matematik” di atas kertas. Seterusnya, anda perlu pejam mata, bernafas seeloknya dan gambarkan bahawa anda telah mendapat A dalam subjek tersebut. Mungkin anda bayangkan anda tengok keputusan peperiksaan semester itu di laptop anda dan keputusan untuk subjek Matematik adalah A. Sebolehnya anda ukirkan sebuah senyuman di bibir anda. Anda juga amat gembira dengan keputusan tersebut dan bersyukur.

Hal ini merupakan salah satu cara menyimpan memori ke dalam minda separa sedar anda. Mungkin selepas anda menggunakan ketiga-tiga teknik ini, iaitu ada matlamat, tulis matlamat dan bayangkan kejayaan, secara tidak langsung tingkah laku dan sikap anda lebih ke arah kejayaan. Anda menjadi minat buat latihan, selalu bertanya soalan kepada pensyarah, dan juga sering kali mengajar rakan-rakan yang lemah dalam subjek itu.

Cuba mulakan imaginasi anda. Manalah tahu, imaginasi itu akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Selamat mencuba🙂

p/s: saya sarankan anda membaca buku di bawah ini.

Image


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: