Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Surat daripada PTPTN pertukaran dari Pinjaman kepada Biasiswa

Surat daripada PTPTN pertukaran dari Pinjaman kepada Biasiswa

Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT, saya telah dapat surat pada 2 minggu lepas dari PTPTN.

Terima kasih saya ke atas Kerajaan Malaysia kerana menukarkan Pinjaman kepada Biasiswa kerana mendapat kepujian kelas pertama. Terima Kasih Dato’ Sri Najib, perdana menteri malaysia kerana memperkenalkan pemansuhan ini pada tahun 2010 (kalau tak silap saya)

Pengajian selama 3 tahun di UNISEL adalah suatu pengalaman yang sungguh unik dan mengagumkan hati saya kerana saya dinobatkan antara pelajar yang cemerlang dengan mendapat Anugerah Pengerusi (kedua tertinggi) pada majlis konvokesyen 2012.

Saya juga berterima kasih ke atas para pensyarah UNISEL yang sangat supportive dalam memberi tunjuk ajar dalam bidang yang saya ambil iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer.

Tidak lupa juga Ibu bapa saya yang banyak berkorban wang ringgit dan menyuntik semangat untuk teruskan belajar.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan UNISEL, adik-beradik dan juga isteri saya kerana memberi sokongan dalam pembelajaran.

Kepada pembaca, ayuhlah cuba sehabis baik untuk mencapai ijazah kelas pertama. Pada zaman yang competitive ini, ada baiknya ada perlu cemerlang dalam belajar alang-alang anda sudah menjejaki kaki ke universiti.

Jika anda mencapai CGPA kelas pertama. anda bukan sahaja mendapat biasiswa PTPTN ini, malah mudah untuk mendapat pekerjaan juga.

Cubalah sehabis baik. Saya doakan anda turut cemerlang di alam universiti.🙂

Apapun yang keadaan kita sekarang ini, kita harus bersyukur pada tuhan dan berterima kasih kepada orang sekeliling kita. Dengan izin tuhan, anda akan terus berjaya dan cemerlang.

Bawah ini surat yang saya telah terima daripada PTPTN sebagai bukti PTPTN telah menyatakan impian saya. Saya harap para pembaca tidak memanipulasikan gambar ini.

Image


13 Komen

  1. Tahniah🙂
    Semoga anda terus success dunia dan akhirat !

  2. masturah berkata:

    assalamualikum, cgpa berapa ye?? risau ni…
    xsure first class tu 3.75> or 3.50>

    • Hazrin berkata:

      Depend pada universiti. umumnya 1st class cgpa 3.70. >3.50 tu anugerah dekan dan tak semestinya first class.

  3. Intan Nazila berkata:

    Kalau UNISEL, CGPA untuk 1st class berapa ya?

  4. adawiyah berkata:

    As salam sy nk confirmkan ptptn di unisel masih lg disediakan ke?

  5. yasrah berkata:

    Salam.. boleh x kongsikan prosedur untuk memohon pertukaran pinjamn ptptn kpd biasiswa…

  6. abe berkata:

    admin, mansuh di sini bererti pinjaman dh xboleh tukar jd biasiswa la sekarang?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: