Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Menjemput Rezeki

Menjemput Rezeki

Sebenarnya, selagi kita hidup, bernafas dan bernyawa, rezeki daripada Allah SWT pasti ada. Bagaimana anda nak tahu bahawa rezeki seseorang itu sudah tiada? Ada seorang yang alim berkata, apabila rezeki keatas seseorang sudah tiada lagi, maka pasti datang kematian kepadanya.

Rezeki itu sangat luas maksudnya. Rezeki itu tidak boleh dikhususkan kepada wang ringgit sahaja. Rezeki juga adalah keluarga, anak, harta, ilmu, kesihatan dan lain-lain lagi.

Sekarang, anda sedang belajar di universiti. Anda tahu tak bahawa menuntut ilmu itu adalah rezeki kurniaan tuhan kepada anda. Syukur kerana anda masih dikurniakan rezeki ilmu.

Untuk menjemput atau menyeru rezeki datang, anda perlu buat apa yang disuruh oleh tuhan, dan menjauhi segala larangan-Nya.

Contohnya: Menunaikan perkara wajib seperti:

  1. jangan tinggal solat 5 waktu sehari.
  2. puasa di bulan ramadhan, kalau cuti ganti.
  3. jangan buat dosa kecil atau besar.

Setelah itu, anda perlu buat amalan-amalan zahir ataupun rohani.

Saya memberi contoh beberapa amalan saya, anda boleh amalkan. Bagi yang muslim, buat amalan ini setiap lepas solat fardu. kalau boleh setiap hari jangan tinggal perkara ini. Banyak kelebihan yang akan alami jika anda buat amalan ini. Saya rasa, insyaallah, saya akan buat ebook mengenai rezeki ini di mana saya sendiri mengalaminya setelah lama mengamalkan.

Baca ayat dibawah ini 3 kali selepas solat fardu:

  1. Surah ikhlas
  2. Ayat Laqod jaakum ( Surah At-taubah 128-129)
  3. Ayat seribu dinar
  4. Ayatul kursi 1 kali sahaja.

Di samping itu, setiap hari buat (mungkin buat selepas solat mahrib):

  1. 100 kali istighfar
  2. 100 kali Tahlil ( Laila ha ilallah)
  3. 100 kali selawat ke atas nabi
  4. 33 kali subhanallah, 33 kali alhamdulillah, 34 kali Allahu akhbar.

Amalan rohani setiap hari:

  1. Solat sunat dhuha. Jangan tinggal walaupun sehari.
  2. Solat sunat taubat sebelum tidur. Jangan tinggal walaupun sehari
  3. Solat tahajud. (jika mampu bangun)
  4. Solat hajat jika ada sesuatu hajat.
  5. Solat istiharah jika hendak buat keputusan.

Untuk meningkatkan amalan zahir, anda haruslah.

  1. Sedekah. Kalau boleh sedekah setiap hari. Mungkin RM1 disedekahkan setiap hari. Jika banyak, lagi bagus. The more you give the more you get.
  2. Buat baik dengan keluarga terutama ibu bapa.
  3. Buat baik dengan semua orang.
  4. Buat baik dengan haiwan.
  5. Banyakkan senyuman kerana senyum itu adalah sedekah.
  6. Belanja orang makan.
  7. Kongsi apa yang anda ada. Jika anda boleh mengajar, sila buat kelas bagi tunjuk ajar secara percuma.

Saya rasa itu sahaja amalan yang baik boleh anda lakukan. Amalan rohani dan zahir mestilah mantap untuk menjemput rezeki datang kepada anda.

Jika berminat, anda boleh membeli ebook 9 Formula Pantas Menyeru Rezeki karangan Nur Insyirah dengan harga RM30

rezeki

Atau, anda boleh membeli ebook Rahsia Rezeki yang ditulis oleh Zahidan Abdul Aziz dengan harga RM20 sahaja:

Rahsia Rezeki


2 Komen

  1. Iza Bt Mohsin berkata:

    Insyaallah kalau dapat buat seperti amalan yang diperincikan oleh kawan kita diatas memang allah akan bagi apa shj yang dikehendaki .Bila Allah cintakan hambanya yang beramal ikhlas kerananya mintatlah apa shj yg diredhai nya dipermudakan.

  2. Soul_heart26 berkata:

    Assalamualaikum, saya bakal pelajar yg akan masuk uni tahun ini(pelajar diploma). Dan bajet yg ayah agar untuk saya guna di uni rm200. Bagi saya itu sudah mencukupi walaupun dalam ekonomi negara kita yg semakin meningkat harga barang. Tetapi membaca artikel ini sudah cukup membuatkan saya lebih selesa. Tetapi saya ingin bertanya mengenai PTPTN. Adakah kita kena memohon PTPTN sebelum uni? Kerana saya tidak memohonnya lagi. Sebab kakak2 saya yg lain mengatakan akan ada wakil PTPTN yg akan datang dan beri penerangan. Harap dapat membantu hal ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: