Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Cara mendapat cgpa 4.oo

Cara mendapat cgpa 4.oo

Sebenarnya, untuk mencapai cgpa 4.00 di universiti adalah suatu mustahil kerana keputusan peperiksaan untuk setiap subjek yang diambil pada setiap semester mesti dapat A.

Hal ini bermaksud, sejak dari mula anda menjejaki alam universiti sehingga habis belajar di semester akhir, anda wajib ada:

  1. Semangat belajar anda tetap tinggi
  2. Momentum belajar anda mesti tinggi
  3. Matlamat anda mesti A setiap subjek
  4. Tenaga anda untuk belajar teramat tinggi, walaupun sakit, anda tetap belajar
  5. Sikap anda mesti terbaik dan positif
  6. Mesti ada minat yang tinggi untuk belajar

Memandangkan selama  bertahun anda berada diuniversiti, dan mengambil banyak subjek, mungkin ada 40 subjek untuk menyempurnakan ijazah anda, adakah anda pasti anda mendapat A kesemua subjek itu? Boleh ke? Saya rasa amat mustahil.

Hal ini, sudah tentu ada subject yang anda rasa susah, ada yang kurang minat, atau ada yang anda minat tapi pensyarah pulak anda tak minat, dan macam-macam kerenah dan dugaan akan anda hadapi sepanjang anda berada di universiti.

Walau bagaimanapun, untuk memperolehi gpa 4.00 untuk satu atau dua semester adalah bukan mustahil bagi semua orang. Bagaimana nak mencapai gpa 4.00? Saya anda beberapa tips yang boleh diterima pakai oleh para pembaca, iaitu

  1. Dapatkan gpa 4.00 pada semester pertama dan kedua. Hal ini kerana semester tersebut merupakan subjek yang paling senang. Takkan tak boleh score🙂 kan.
  2. List kan subjek yang boleh score A, biasanya subjek yang pernah anda belajar seperti Mathematics.
  3. List kan subjek yang anda minat, dan tumpu betul-betul untuk score A.
  4. List kan subjek yang susah atau anda tidak minat, cari cara untuk minat subjek tersebut.
  5. Rapat dengan pensyarah. Anda perlu berkenalan dengan pensyarah dengan lebih dekat. Lagi rapat anda dengan pensyarah, lagi banyak mereka akan TOLONG anda.
  6. Cari rakan yang lemah, dan ajar mereka.
  7. Push study sampai anda betul-betul faham. Tak faham, pergi jumpa pensyarah terus. Kalau ada rakan yang boleh ajar, pun ok.

Dari semester pertama lagi anda perlu mendapat GPA yang tinggi supaya nanti CGPA anda juga turut tinggi. Jangan memandang remeh pada semester pertama dan kedua. Alang-alang baru masuk universiti, biar dapat GPA 4.00.

Semoga anda terus berjaya mendapat GPA 4.00

cgpa

 

Jika anda hendak mendapat CGPA Kelas Pertama, maka ada eloknya anda membaca ebook ini:

EbookKelasPertama copy


17 Komen

  1. zufa berkata:

    Salam. Saya pelajar tahun akhir di uitm seremban 3. Saya ingin bertanya, bagaimanakah cara atau prosedur yang perlu saya lakukan untuk saya baiki keputusan exam. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya tidak ada sebarang repeate papet cuma saya ingin mengambil semula subjek bagi membaiki cgpa saya. Respon puan/tuan, saya ucapkan terima kasih

    • Hazrin berkata:

      Wasalam, untuk memperbaiki cgpa memang digalakkan untuk mengambil semula subjek.Dan ini melibatkan penambahan kos dan masa. Walau bagaimanapun, anda harus berbincang dengan lecturer yang pernah mengajar subjek tersebut. Terdapat sikit info berkaitan perkara ini sepreti di bawah

      Permohonan Ulang Subjek yang Tidak Memuaskan/ Gagal.
      -Bagi pelajar yang ingin mengulangi subjek yang pernah diambil, sila daftar mengikut status subjek yang asal. Sistem akan automatik tukar ke status ULT (sekiranya subjek tersebut tidak mendapat gred Gagal) dan status akan berubah ke status ULF (sekiranya subjek tersebut mendapat gred Gagal)

      -Bagi pelajar yang mengulangi sesuatu subjek (ULT), jam kredit untuk subjek tersebut sebelumnya tidak akan diambil kira, tetapi PNG subjek yang asal akan ditambah dengan PNG subjek ulang dan akan dibahagi jumlah jam kredit untuk subjek tersebut bagi kedua-dua semester.

      -Bagi pelajar yang mengulangi sesuatu subjek (ULF), jam kredit dan PNG untuk semester asal tidak akan diambil kira langsung. Hanya Jam Kredit dan PNG untuk semester ulang diambil kira. Namun, status asal yang Gagal akan terpapar pada transkip keputusan pada tahun terakhir.

  2. 😇😇😇 tq.. Tips2 ni telah menaikkan semangat juang sye utk alwys brfkrn postf 2 achve impn kt u klk…

  3. hana berkata:

    Salam… saya nak minta pendapat dan nasihat encik.. gpa masa sem 1, pointer saya hanya 2.71, sem 2 3.17, sem 3 pula turun mendadak 2.80 .. cgpa skg 2.80… saya nak tahu, boleh ka saya bgraduan dgn mencapai 3.50 keatas?? Boleh bantu saya mcm mna nak capai pointer yg tinggi sedangkan saya skg dah nak masuk sem 4… terima kasih.. respon encik amat saya hargai 😃😃😃😃😊

  4. nur berkata:

    sy nak tnya..mcm mn sistem kira final pointer kita bila dh grad hbs bljr tu?kumulatif final result tiap sem bhgi brp total sem ke?

  5. Ziera berkata:

    Salam. Sy teringin nak dptkan pointer 3.75 masa nak graduate nanti. Sy dlm kos kejuruteraan kimia, and setakat ni sy punya 1st sem dpt 3.42 and 2nd sem dpt 3.21. Dpt x sy achieve first class honours nanti? And, perlu ke sy kena repeat satu subject sem 2 sy yg dpt C+, utk dpt 3.75 masih grad nanti?

  6. khairani berkata:

    macam nak nagis.. macam mane nak stdy terus masuk ye?..

    • Hazrin berkata:

      Jangan sedih, kita cuma berusaha, tapi tuhan yang menentu. kalau nak masuk terus, kena belajar seperti mengajar orang. kena lontarkan suara ketika belajar. terangkan pada diri seperti kita terangkan kepada rakan yang lain

  7. eldayanti binti syafrudin berkata:

    saya nak tanya kalau sem 1 saya dapat 2.00 sem 2 boleh dapat ke 3.0 keatas

    • Hazrin berkata:

      Agak susah untuk cgpa naik mendadak. Biasanya akan slow2 naik. semakin tahun, semakin susah subjek. yang penting kuatkan usaha, doa dan tawakal.

  8. cintaterakhir 05 berkata:

    assalam.. macam mana nk kira final exam punya gpa untuk cover balik carrying mark kite?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: