Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Bersyukur mendapat Pinjaman daripada PTPTN

Bersyukur mendapat Pinjaman daripada PTPTN

Sebagai pelajar, anda perlu duit untuk membayar yuran pendidikan dan kos hidup. Akan tetapi, ramai pelajar masa kini mahukan semuanya percuma daripada kerajaan. Walaupun mendapat pointer CGPA 2.0 pun masih lagi mahukan percuma.

Saya tidak berapa setuju dengan pemberian pendidikan ini secara percuma oleh kerajaan. Hal ini kerana:

  1. Percuma menyebabkan anak bangsa menjadi malas untuk berusaha meningkatkan CGPA yang lebih baik. Repeat paper, repeat semester pun tak ape, sebab semua kerajaan bayar. Gitu la cakapnya.
  2. Kalau diberi percuma, baik saja biasiswa dari JPA, Mara, dan yayasan lain dimansuhkan pemberian biasiswa sebab semuanya akan belajar percuma. Tidak perlu lagi mencapai keputusan terbaik diperingkat sekolah.
  3. Apabila pendidikan diberi percuma, ada baiknya semua IPTS seperti kolej, kolej universiti dan universiti swasta dilupuskan. Semuanya difokuskan kepada IPTA. Hal ini kerana setiap IPTS berbeza kadar yuran. Ada yang belajar 3 tahun tapi kene bayar yuran sampai RM100 ribu. Ada pulak yang bayar RM30 ribu sahaja. IPTS lah menyebabkan kadar hutang seseorang menjadi tinggi.
  4. Banyak tidak keadilan berlaku kerana masing-masing dapat bantuan kewangan secara percuma adalah berbeza-beza.

Walaupun sekarang PTPTN adalah pinjaman, anda perlu bersyukur. Belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan anda, keluarga, masyarakat dan negara.

Cuba bayangkan jika anda tidak mendapat apa-apa bantuan kewangan ketika di universiti, sudah pasti anda akan minta wang daripada ibu bapa bukan. Jika ibu bapa tidak mampu, bagaimana pulak? Berhenti belajarlah jawabnya.

Bersyukurlah apa yang anda dapat, pasti tuhan menambah berkat dalam kehidupan anda.

Image


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: