Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Bisnes di dalam universiti

Bisnes di dalam universiti

Saya pernah jumpa seorang abang MLM ni, dia kata tinggal dalam universiti ni sebenarnya tinggal dalam lubuk duit. Memang betul pun, duduk dalam atau luar universiti memang boleh buat duit punyer.

Tak caya, tengok ekonomi persekitaran universiti. Perniagaan maju, rumah banyak disewakan, harga rumah menjadi mahal, bas station menjadi sesak, pemandu teksi tak cukup rilek dan banyak lagi berlaku di dalam ataupun di luar universiti.

Persoalannya, anda tahu anda tinggal di dalam lubuk duit, tapi kenapa masih ada pelajar yang susah nak makan? Isik makan maggi jer bila duit PTPTN da habis.

Itulah dinamakan kemahuan, kehendak dan keperluan untuk berniaga atau bisnes.

Saya ada pengalaman saya berniaga semasa di universiti. Nak tahu saya niaga apa?

Saya pernah niaga:

  1. printing service. Saya jual murah jer, 10sen tuk black, 20 tuk color. Sebab guna external ink. Modal printer adalah RM200, kos ubah suai external ink RM100. Total dalam RM300.
  2. jual topup. CELCOM, DIGI, MaXIS semua ada. Keuntungan dalam 10sen setiap RM10 topup.

Tapi semua bisnes saya buat, saya tak buat kira-kira keuntungan atau kerugian. Boleh lah tuk bayar makan sekali sebulan hasil jual topup. Tuk printing service, boleh la balik modal.

Saya saja nak cuba niaga alang-alang tinggal dilubuk duit. Memang pada mulanya malu, tebal muka bila ade customer mahu beli. Tapi lama-lama dah tak jadi masalah.

Pasal study, memang ada gangguan sikit. Nak tido pun terganggu. Biasalah siapa suruh buat bisnes ni, memang ada saja orang ketuk pintu. Pernah suatu malam pukul 3 pagi, ada bunyi orang ketuk pintu sangat kuat dan banyak kali. Sampai bunyinya macam pintu nak tercabut. tapi bila buka takda sesiapa. Adalah dua tiga kali berlaku. Mungkin makhluk lain pun nak beli kot.

Berbalik pasal study, memang terganggu. Tapi saya biasa study di library. Pergi kul 8 malam balik kul 10.30malam. Dan buat bisnes sampai pukul 12 malam. Tapi tulah, da tulis waktu operasi sampai 12 malam, tapi ada juga orang yang tak paham bahasa ketuk pintu selepas 12 malam.

Tapi itu lumrah. Kalau anda nak mengetahui bagaimana mahu berbisnes didalam kampus, sila beli ebook ini. Anda tidak rugi membeli buku kerana sesuatu ilmu itu amat bernilai dan kekal. Bak kata orang jutawan, jika anda banyak duit, laburlah duit itu untuk ilmu, kerana ilmu sahajalah yang boleh buat duit.

Ebook Rahsia Bisnes di Kampus

Image


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: