Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Kesilapan pelajar ke-4: Salah pilih kawan

Kesilapan pelajar ke-4: Salah pilih kawan

Kawan, sahabat dan rakan… semuanya sama maksud.

Anda mesti sangat kenal mereka. Kadang-kadang anda juga kenal siapa keluarga mereka.

Semasa belajar di universiti, terdapat banyak kawan yang anda kenal dan setiap kawan mempunyai macam-macam perangai, karenah dan tabiat.

Ada yang suka tidur lambat, bangun lambat, ada yang suka main computer games, ada juga suka pergi jalan-jalan, ada yang suka pinjam duit orang, ada yang suka ngorat awek, ada yang suka cakap benda lucah dan macam-macam lagi la.

Walaupun anda kenal siapa kawan anda, janganlah terikut atau terpengaruh dengan perangai buruk mereka. Biarlah mereka dengan tabiat mereka. Kalau boleh jauhilah kawan-kawan yang mempunyai banyak keburukan daripada kebaikan. Takut-takut aura negatif dan keburukannya itu, sampai kepada diri anda. Contohnya, kawan anda selalu cakap doh (bodoh) diakhiran percakapannya, dan akhirnya anda juga terikut sama cakap doh juga.

Oleh itu, anda perlu menjadi diri anda sendiri. Apakah yang perlu anda setkan semasa di universiti? Sudah tentu mesti ada 3 perkara ini:

  1. Matlamat belajar
  2. Menulis matlamat itu
  3. Imiginasi kejayaan anda suatu hari nanti

Apabila anda sudah set tiga perkara di atas, anda sudah tentu akan menjadi diri anda sendiri dan susah terpengaruh dengan tabiat buruk rakan-rakan anda.

Tip untuk memilih kawan-kawan belajar:

  1. pilih kawan yang jaga solat fardu
  2. pilih kawan yang mempunyai matlamat belajar seperti anda – 4.00 flat
  3. pilih kawan yang pandai dan suka mengajar
  4. pilih kawan yang tidak melengah-lengah masa
  5. pilih kawan yang selalu cakap positif seperti “aku kaya dan berjaya”
  6. pilih kawan yang prihatin terhadap anda

Apapun, pilihlah kawan yang baik. Itu sahaja. Walaupun kawan itu mempunyai sifat buruk, maka lihatlah apakah kebaikan yang ada mereka.

Nasihat saya, sepanjang di universiti, janganlah anda memusuhi sesiapa sahaja. Kawanlah sebanyak mungkin kerana merekalah networking anda suatu hari nanti.

kawan


2 Komen

  1. I do not even know how I ended up right here, but I assumed this put up was great.
    I do not realize who you might be but certainly you are
    going to a well-known blogger should you are not already.
    Cheers!

  2. Thanks designed for sharing such a nice idea, article is pleasant,
    thats why i have read it entirely

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: