Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Tip-tip pengurusan kewangan pelajar universiti

Tip-tip pengurusan kewangan pelajar universiti

Semasa belajar di universiti, banyak benda perlu dibeli atau harus dibelanjakan. Sebenarnya, hampir 99% pelajar di universiti tidak pandai menguruskan kewangan mereka. Contohnya, apabila dapat duit banyak, belanja itu dan ini. Apabila duit tinggal sedikit barulah beli maggi je. Di sini saya menerangkan beberapa tips menguruskan kewangan sewaktu di universiti, antaranya:

  1. Management is all about planning. Perancangan kewangan wajib ada untuk sebulan, semester dan setahun apabila anda mempunyai sumber pendapatan daripada PTPTN atau FAMA (father & mama)
  2. Beli buku terpakai untuk pembelajaran, beli dari pelajar senior dan minta half price. JIMAT!!
  3. Photostat buku rujukan. Kalau beli baru dalam rm80, kalau photostat baru RM30 camtu. JIMAT!!!
  4. Elak beli telephone canggih manggih sehingga RM1000 ke atas. Memadai sekadar smart phone yang berharga RM300-RM500.
  5. Elakkan mempunyai kenderaan seperti motor dan kereta. Jikalau perlu kerana rumah jauh dari universiti, memadai memiliki motor sahaja.
  6. Jangan sesekali mempunyai awek atau pakwe semasa di universiti. Kebiasaannya, kalau ada awek, mesti kene belanja punya. Da lah sesama dapat PTPTN, tapi bila jumpa dan makan bersama-sama, mesti pakwe kene belanja aweknya dan sebaliknya. POKAI!!! Kecuali mereka saling membantu antara sama lain, oklah.
  7. Bagi pinjaman duit kepada kawan. Jangan lebih daripada RM20. Kalau lebih, mesti budget bulanan anda lari.
  8. Jika anda tahu budget anda lari, belajarlah untuk membuat duit dengan cara berniaga atau bekerja secara part time di petrol station, restoran atau supermarket.
  9. Hadkan belanja untuk makan dan minum sehari tidak lebih RM10. Kalau dapat memasak di tempat tinggal, lagi bagus. Boleh jimat banyak.
  10. Jangan melabur duit dalam pelaburan yang tidak pasti generate keuntungan seperti menyertai MLM. Jika anda tidak ada skill untuk bercakap, lupakanlah MLM. Baik anda fokus pada study.
  11. Cari kawan yang kaya, tidak lupa solat 5 waktu dan tidak lokek ilmu. Insyaallah kawan anda boleh membantu anda dari segi kewangan jika anda terdesak.

JIka anda sedang kesempitan kewangan semasa di universiti, janganlah terus meminjam daripada kawan. Mintalah dari ibu bapa dahulu. Namun sebelum minta duit daripada ibu bapa, mintalah pertolongan daripada ALLAH, Ya Rahim, Ya Rahman, Ya Razzaq, Ya Basit, Ya Wahhab, Ya Ghani, Ya Mughni, Ya Maniq.

Rezeki itu semuanya datang daripada tuhan. Oleh itu mintalah bantuan daripada-Nya jika anda mempunyai kesempitan kewangan.

 

 

perbelanjaan-kewangan

 

Dapatkan Ebook Ini Secara PERCUMA. Sila Klik Image di bawah ini:

KEWANGAN200


1 Komen

  1. Anon berkata:

    Cari kawan yang kaya? Hahahaha. Kalau kaya tapi kedekut acano? Sebaiknya cari kawan yang pemurah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: