Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Berpuasa di bulan Ramadan semasa di universiti

Berpuasa di bulan Ramadan semasa di universiti

Hari ini adalah hari pertama kita menjalani puasa pada bulan Ramadhan tahun 2013. Syukur.

Teringat pada zaman universiti, saya dan rakan-rakan bersahur sebelum tidur. Kekadang tak bersahur langsung pun ada. Kalau sedar pukul 4 atau 5 pagi, cukuplah sekadar 2 teguk air. 

Tetapi kalau berbuka, kita orang akan makan bersama-sama. Memang best bila buka sama-sama. Kekadang kawan cina dan india pun join buka sesama. Mereka sangat memahami kawan islam. Dan ada antara kawan cina saya berpuasa daripada makan tapi tidak berpuasa untuk minum🙂. Hal ini kerana kafe tak buka untuk tengah hari, so terpaksalah mereka berpuasa. Hehe.. kesian mereka.

Kalau nak makan percuma, pergi la masjid universiti. Biasanya, masjid menyediakan makan untuk berbuka kerana terdapat banyak orang sponsor masjid untuk menyedia menu berbuka puasa. Kalau rasa sengkek, pergila masjid. Insyaallah ada bahagian rezeki makanan untuk anda.

Solat sunat tarawih memang happening dekat masjid universiti. Tapi kekadang je saya solat di masjid dan kebanyakkanya solat di hostel sahaja.

Di sini saya cerita sikit tentang kelebihan berpuasa:

  1. Meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.  

    “Wahai orang-orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan kepada mereka yang sebelum daripada kamu supaya kamu menjadi orang yang bertakwa.” (Surah Al-Baqarah,ayat 183).

  2. Menyihatkan tubuh badan.
  3. Mewujudkan rasa syukur. Walaupun tak makan atau minum, tapi boleh hidup.
  4. Menundukkan nafsu yang tidak baik.
  5. Mendekatkan diri pada tuhan.

Selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. 

 

Image

 

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: