Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Amalan bulan Ramadhan: Banyakkan istighfar

Amalan bulan Ramadhan: Banyakkan istighfar

Sempena bula ramadhan 2013 ini, ada baiknya saya bercerita tentang amalan-amalan yang perlu diperbanyakkan pada bulan Ramadhan ini dan disambung pada bulan-bulan seterusnya.

Antaranya adalah perbanyakkan istighfar. Cara baca adalah seperti berikut:

1. Bacaan panjang:

Image

Maksud:

Aku minta ampun kepada Allah yang Maha Agung, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

2. Atau bacaan sederhana:

Image

maksud: Aku minta ampun kepada Allah yang Maha Agung

3. atau cukuplah sekadar bacaan pendek:

Image

Maksud: Aku minta ampun kepada Allah

Amalan bacaan seharian, boleh dibuat seberapa yang boleh. Kalau boleh bacalah sebanyak 70 kali, 100 kali atau 1000kali sehari selama anda masih bernafas.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali”(Hadis Riwayat Muslim).
‘Demi Allah! Sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih daripada 70 kali.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kelebihan atau fadhilat bacaan ini adalah:

  1. Mendapat keampunan daripada Allah SWT.
  2. Dipermudahkan segala urusan harian.
  3. Dijauhi perkara-perkara yang tidak diingini.
  4. Dimurahkan rezeki – sihat, wang, anak & sebagainya.
  5. Membersihkan hati yang kotor dengan sifat-sifat mazmumah.
  6. Menjadi seorang mukmin yang sejati – tahu yang mana baik atau buruk.
  7. dan banyak lagi🙂

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: