Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » Islam » Amalan di bulan Ramadhan: Banyakkan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Amalan di bulan Ramadhan: Banyakkan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW adalah Nabi yang terakhir yang menjadi utusan Allah SWT untuk menyampaikan agama Islam pada seluruh umat manusia. Sebagai seorang mukmin, adalah dituntut agar kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda, ahli keluarga dan sahabat baginda.  Sedangkan Allah dan Malaikat berselawat ke atas nabi, ini lagikan manusia. Seperti Firman Allah dalam Quran:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Cara membaca selawat yang paling ringkas, cukuplah seperti berikut:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Maksud selawat adalah mendoakan kebaikan kepada Nabi SAW.

“Berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan” bermakna: “Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad”: Maksudnya adalah agungkanlah baginda dan muliakanlah baginda di dunia dengan meninggikan namanya, memenangkan agamanya, dan mengekalkan syari’atnya. Muliakanlah baginda di akhirat dengan melipat-gandakan pahalanya, mengizinkannya untuk memberi syafa’at kepada umatnya, serta menampakkan fadhilatnya dengan memberikannya “al-Maqam al-Mahmud” (kedudukan dan tempat yang terpuji).Mohonlah kepada Rabb kamu untuk mengagungkan dan memuliakan baginda. (Rujuk: Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 11/156)

Jadi, kalau kita benar-benar seorang umat Nabi Muhammad SAW, kita akan selalu mengingati beliau dengan cara memperbanyakkan selawat.

Banyak kelebihan dan fadhilat berselawat, tapi secara ringkasnya adalah:

  1. Lagi banyaknya kita berselawat, lebih dekat kita kepada Nabi SAW.
  2. Lagi banyaknya kita berselawat, Allah dan para Malaikat berselawat pada kita lebih banyak.
  3. Maka mudahlah doa kita di angkat naik ke atas.

Seperti mana hadis ini:

Daripada Umar al-khattab, Nabi SAW bersabda: ” Bahawa doa itu terhenti di antara langit dan bumi, tidak akan diangkat ke langit sehinggalah dibacakan selawat ke atasku” – HR al-tirmizi


1 Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: