Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Amalan bulan Ramadhan: Banyakkan berzikir

Amalan bulan Ramadhan: Banyakkan berzikir

ZIKRULLAH bermaksud INGAT ALLAH. Zikir = INGAT.

Saya bukanlah seorang yang arif tentang agama. Namun saya cuba menyampaikan sesuatu yang baik walaupun sepotong ayat. Baiklah, sebelum ini saya menceritakan tentang ISTIGHFAR dan SELAWAT, dan sekarang saya mahu cerita sedikit sebanyak tentang ZIKIR.

Kita sebenarnya mesti selalu mengingati ALLAH SWT walau apa keadaan sekali pun. Seperti ayat ini:

Yang mengingati Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil berbaring, dan memikirkan tentang kejadian langit-langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Engkau tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau. Lantaran itu peliharakanlah kami daripada seksa neraka”. ( Ayat 191 : Surah a-Li ‘Imran )

Bagaimana untuk kita mengingati Dia? Pelbagai cara untuk kita ingat Dia, seperti berikut:

  1. Solat. Dalam solat penuh dengan ayat-ayat Zikrullah.
  2. Mulakan sesuatu dengan Bismillah.
  3. Selalu mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar dan Lailaha ilallah.
  4. Sentiasa bersyukur dengan-Nya.
  5. Sentiasa bersangka baik dengan-Nya.
  6. Mengamalkan ayat-ayat Quran dan selalu dibaca selepas solat seperti ayatul Kursi, Surah ikhlas dan ayat seribu dinar.
  7. Selalu berniat kerana Allah setiap perkara yang hendak dilakukan.

Sebenarnya terdapat beberapa tahap zikir:

  1. Zikir tahap pertama adalah melalui lidah.
  2. Zikir tahap kedua adalah melalui perbuatan.
  3. Zikir tahap ketiga adalah melalui hati.
  4. Tahap yang paling tinggi adalah zikir secara Sir.

Kekadang kita sudah biasa mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar selepas sembahyang. Namun, adakah zikir itu hanya sekadar diungkapkan di lidah sahaja kerana fikiran sudah melayang tengok orang sekeliling atau fikir selain daripada Allah. Jika pernah, itulah zikir tahap paling rendah.

Untuk zikir tahap kedua biasanya dilakukan dengan perbuatan dan lidah. Contohnya, sembahyang. Sambil sujud, kita mengucapkan zikir. Sujud itu adalah perbuatan.

Untuk zikir tahap ketiga adalah zikir melalui hati. Hati sentiasa berasa takut, malu, rendah diri, hina dan miskin di depan Allah SWT sambil lidah kita berzikir. Kadangkala, kita turut menangis semasa berzikir. Apabila selalu berada sampai tahap begini, Insyaallah kita merasa diri dekat dengan Allah SWT.

Marilah kita sesama medekati diri dengan Allah SWT dengan selalu mengingati Dia dengan memperbanyakkan berzikir.🙂

zikir

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: