Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » Motivasi » Apa tujuan masuk universiti ni..?

Apa tujuan masuk universiti ni..?

Di Malaysia, berlambak-lambak universiti boleh belajar. Terlampau banyak sangat, sehingga ada juga universiti swasta mengalami kerugian akibat kekurangan pelajar.

Oleh itu, mahu tidak mahu, para ibu bapa biasanya mahukan anak-anak mereka berjaya tamat belajar di universiti tidak kisahlah sekadar diploma ataupun ijazah. Apabila masuk ke universiti, anda tidak tahu ke mana hala tuju anda. Pelbagai persoalan terukir di pemikiran anda ketika melangkah masuk ke universiti. Antaranya:

1. Adakah betul jurusan ini menepati kehendak atau impian aku?

2. Macam susah je jurusan ni… Boleh ke aku dapat CGPA kelas pertama?

3. Mengapa aku belajar jurusan ini? Mak bapa aku lah yang suruh..

4. Siapa nak support aku belajar? Mak bapa aku bukan banyak duit. Tapi PTPTN kan ado!

5.  Jamin ke pekerjaan aku selepas tamat belajar dalam bidang yang aku ambil ni?

6. Aku nak keje apa selepas tamat belajar?

7. Entahlah… Tanam anggur lah aku pas ni…

Sebenarnya, belajar di universiti bukanlah untuk mendapat pekerjaan. Jikalau dahulu, ramai graduan yang tak ada kerja, dapat menjadi guru sementara di sekolah dan ada yang dapat KPLI untuk mengesahkan jadi guru tetap, namun sekarang, berlambak graduan yang layak menjadi guru tapi tidak dapat pekerjaan sebagai guru. Kerana, zaman sekarang lebih pentingkan kualiti berbanding kuantiti…

Setelah kaji selidik, intipati untuk tujuan belajar di universiti adalah meningkatkan tahap pemikiran anda semua. Jika kita lihat, orang yang tak belajar di universiti dengan orang yang tidak mendapat pendidikan di universiti, tahap pemikiran kedua-duanya adalah berbeza. Orang yang belajar di universiti adalah seorang yang “WILLING TO LEARN” atau “SANGGUP UNTUK BELAJAR” dan mereka ini sebolehnya akan menuntut ilmu sepanjang hayat mereka. Minat terhadap ilmu, berfikiran terbuka, banyak baca buku, dan mencintai ilmu akan terhasil dan terbentuk dalam diri secara tidak langsung.

Dan ramai orang yang tidak belajar di universiti tidak sanggup belajar lebih jauh. Mereka hanya tahu takat itu sahaja ilmu mereka yang ada. Mereka tidak membuat kaji selidik, tidak banyak membaca atau mencari ilmu untuk menambah nilai dalam kehidupan seharian mereka. Kekadang, pencarian ilmu mereka terhenti sehingga hayat dikandung badan.

Abaikan kesemua persoalan-persoalan yang menjatuhkan semangat belajar anda. Apa yang penting, selagi anda ada minat terhadap segala ilmu di dunia ini, anda akan menjadi seorang insan yang berjaya insyaallah.

if-you-are-not-willing-to-learn-no-one-can-help-you-....

 


1 Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: