Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Adakah anda matang berfikir dan bertindak?

Adakah anda matang berfikir dan bertindak?

Setiap orang mempunyai pemikiran yang berbeza dan sikap yang berbeza, walaupun belajar subjek yang sama dan guru yang sama.

Sebagai contoh, pada umur 21 tahun, Ahmad suka berfoya-foya, belajar sambil lewa, tiada matlamat belajar dan mewah dari segi duit. Ibu bapa Ahmad memberi wang sebanyak rm1000 sebulan dan sebuah kereta untuk kegunaannya pergi ke kuliah. Ahmad juga memohon duit PTPTN untuk membayar yuran pengajiannya. Dari segi pelajaran, Ahmad tidaklah score untuk mendapat A, cukuplah sekadar C, kalau bertuah, dapatlah B. Dari segi kewangan, Ahmad tidak pernah simpan dan suka membelanjakannya mengikut kehendak dia dan bukannya untuk keperluan. Ahmad juga malas untuk bersolat.

Berbeza pula dengan Faisal. Dia sedar keluarganya susah dan kalau dia gagal dalam study ini kerana masalah peribadi dan kewangan, mungkin sukar untuk dia mendapat peluang seperti ini. Faisal juga mendapat duit PTPTN, namun duit itu tidak cukup baginya lelagi ibu bapanya selalu minta darinya. Oleh itu, Faisal terpaksa bekerja luar untuk mencari pendapatan lebih selepas habis waktu kelas. Dia bekerja di Pizza Hut sebagai delivery menggunakan motor. Selain itu, Faisal turut mengambil upah mengajar di pusat-pusat tuisyen sekitar universiti. Dengan duit itu, dia mampu bayar duit sewa rumahnya dan membayar yuran pengajian. Faisal amat komited dalam study, dan menggunakan segala peluang yang ada untuk mengulang kaji pelajaran. Dia selalu dapat markah tertinggi dalam batch.

Persoalannya di sini, Ahmad tidak matang dari segi pemikirannya. Dia tidak nampak apa yang akan jadi untuk 5 tahun dan 10 tahun akan datang. Hal ini kerana dia berada di zon selesa semasa study. Dan dia tidak tahu apakah pekerjaan yang sesuai dengannya.

Faisal pula, tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan dan mencari wang. Dia akhirnya berjaya hidup selesa selepas tamat zaman universiti. Di atas berkat menolong keluarganya, Faisal senang mendapat pekerjaan dan ramai rakan sekerja senang dengannya.

Pengajarannya, apabila masuk universiti, jangan jadikan zaman universiti itu sebagai zaman bersuka-suka, bermewah-mewah dan berfoya-foya. Anda harus gigih berusaha dalam apa bidang yang anda ceburi supaya kelak anda menjadi seorang berguna.

definisi-matang


2 Komen

  1. insan alpa berkata:

    Assalamualaikum,

    Saudara,

    Saya ternyata amat bersetuju dan sdkt tsentuh dgn topik di atas…saya adlh ‘Ahmad’ itu…yg mmbezakan adlh sy mdpt biasiswa, sy dtg dr kluarga sederhana n tidak mmpunyai kereta…namun, akibt tiada fokus dan mtlmt yg jelas semasa mjejakkan kaki ke universiti, dan beranggpn bhw sy masih boleh score wlupun main2, akibtnya sy cuma mendpt cgpa 2.65…sy amt kecewa, n yg plg kecewa adlh krn tidak dpt berbaki kpd ibu bapa…

    Saya cuma ingin berpesan kpd semua adik2 yg masih menuntut @bkl bgelar penuntut, marilah sama2 kita bulatkn tekad utk bljr bsungguh2 dgn hrpn kita aln dpt mbalas jasa2 ibu bp kita wlupun sdkt dan juga mjd manusia bguna dunia akhirat…

    Wallahua’lam….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: