Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Cerita yang menginsafkan kita..

Cerita yang menginsafkan kita..

Daripada Facebook: Alwi Adam EzazWealth

October 17
Kenapa rasa begitu sensitif dengan perangai seorang anak yang kurang ajar terhadap ibu bapa yang tidak mampu? Suruh belajar kemudian berlagak macam anak orang kaya, padahal ibu bapanya dirumah tak cukup makan.

Kerana perkara ini berlaku di dalam keluarga sendiri. Hendak diceritakan seolah membuka pekung. Akan tetapi biarlah agar orang dapat belajar sesuatu.

Kisah 1 – Anak saudara yang membazirkan duit pinjaman di universiti untuk membeli handphone Nokia N-Gage. Sedangkan ibunya (kakak saya) terlantar sakit kerana kanser payudara. Bapanya juga hanya pemandu lori. Rumah mereka masih tiada tandas sendiri.

Anak saudara ini yang bila bekerja sebagai guru terus sahaja membeli Vios. Jadi cerita Mr Vios sebenarnya ada inspirasi kisah sebenar.

Kisah 2. Jiran selang beberapa rumah di kampung ada seorang anak yang belajar di Al Azhar. Di Mesir dia terkenal sebagai pelajar yang kaya. Padahal rumahnya disini hampir roboh. Ibu bapanya bekerja keras siang dan malam untuk memberi belanja kepada anak mereka.

Rahsianya terbongkar apabila saat pertunangan. Apabila keluarga si ustazah, bakal tunang (yang juga saudara saya) yang mahu melakukan lawatan balas, semua rakan rakan akhirnya tahu kisah kepura puraan beliau. Pernikahan tergendala atas beberapa sebab, walaupun semua telah dijernihkan, tetapi ibu bapanya tidak setuju kerana bakal tunang itu orang Pantai Timur, sedangkan mereka orang Jawa. (masih berlaku perkara entah apa2 ini).

Akhirnya demi membalas dendam kepada ibu bapanya, si anak itu berkahwin dengan pendatang Indonesia. Mereka telahpun dikurniakan 6 orang anak.

Semoga menjadi iktibar kepada kita.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: