Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Tanggungjawab anak – wajib bagi duit kepada ibu bapa lelagi sudah bekerja

Tanggungjawab anak – wajib bagi duit kepada ibu bapa lelagi sudah bekerja

Semakin banyak duit anda bagi kepada ibu bapa, semakin banyak rezeki dan rahmat tuhan kepada kita. Saya pernah borak dengan kawan cina saya, dia bagi parents dia seribu sebulan dengan gajinya RM4300 sebulan. Orang cina pun bagi banyak, ini lagilah kita sebagai orang islam yang kekadang tak bagi langsung wang kepada ibu bapa kita. Banyak yang saya dapat apabila bagi mak bapa saya wang lebih. Insyaallah saya akan cerita nanti. Tapi cukuplah sekadar cerita orang ini. Semoga beliau mendapat pahala daripada perkongsiaan manfaat ini.

Ini kisah saya ambil daripada facebook Rajakamil yang saya sentiasa follow. Boleh klik pada link DISINI untuk pengesahan. Ini kisahnya:

Tak pernah bagi duit kat parent?
kenapa? sengkek? gaji sikit? ke mak ayah dah kaya, sebab tu segan nak bagi?

Ini kisah saya. Apa yang berlaku dekat saya, tak semestinya sama dengan semua orang.

Saya kongsikan serba sedikit.

Dulu, income saya tak banyak.
Jadi, saya takdelah terfikir nak bagi duit kat parents.

Satu hari, saya ada dengar satu ceramah,
dia kata, “bukan soal berapa banyak, tapi soalnya kita bagi ke tak?”

Sejak daripada tu, saya bagi je setiap bulan, walaupun sikit.
Berapa sikit?

Sikit sangat.
First time saya nak bagi tu, saya malu sangat-sangat.
Jumlah dia : RM5

yeap, RM5 je …. saya malu nak cerita ni sebenarnya.

Saya bagitahu, “Ummi, ni je yang Kamil mampu bagi buat masa ni, doakan rezeki Kamil murah, boleh bagi lebih lagi”

Masa saya bagi tu, malu ada, sebak ada dan macam-macam perasaan masa tu.
Saya nak cerita ni semula pun, ada rasa sebak lagi.

Tapi mak saya jawab, “Terima kasih, Ummi doakan rezeki awak sekeluarga sentiasa bertambah”.

“Alhamdulillah”.

Saya risau mak saya marah atau kecil hati, tapi tidak. Bahkan beliau doakan saya dan senyum.

Saya yakin, janji Allah tidak pernah salah.

“Redha Allah, terletak pada Redha ibu bapa”

Entah tiba-tiba, saya terasa macam satu semangat, untuk kerja keras, idea mencurah-curah dan segalanya berjalan mudah.

Masalah tu ada, mana mungkin takde, tapi ……
tenang je rasa.

Kalau susah, tak terasa susah.
kalau lapar, tak terasa lapar.

Alhamdulillah, daripada RM5, jadi RM10, pastu RM20 dan seterusnya hingga sekarang …..

Yang peliknya, lagi banyak saya bagi, lagi banyak saya dapat.

Ni ada sedikit tip untuk anda :-
1. tak mampu bagi banyak, bagi sikit
2. segan nak bagi duit sikit, beli barang keperluan dapur, beras ke, gula ke, apa-apa lah…
3. kalau tak mampu juga, JANGAN nyusahkan mereka, dan sentiasalah berniat untuk membantu mereka satu hari nanti

Wallahua’lam.
Saya bukan anak yang baik sangat,
tapi mak ayah saya baik sangat dengan saya.

“It’s not about the money, it’s about the value of the money.”

Ikhlas;
Raja Kamil dot Biz

http://www.RajaKamil.biz
http://www.eBook50k.com
http://www.KamusMarketing.com
http://www.OtaiEmail.com


4 Komen

  1. insan biasa berkata:

    Baru je dapat gaji pertama.. tengah fikir berapa banyak nak bagi kat parent.. terima kasih atas tulisan ini, paling kurang dapat tahu ada juga yang bagi kat mak ayah hampir 25% daripada gaji..banyak tu, tak mampu rasa…

    • Hazrin berkata:

      Sesama kita share untuk saham akhirat. Pendapat saya, bagi sikit2 dahulu ikut kemampuan. Lama2 cari pendapatan tambahan dan cuba increase pemberian kat ibu bapa. Mesti bagi walaupun rm10 sebulan

  2. Aisyah berkata:

    Assalamualaikum…sy pun bukan anak yang baik..tp memikirkan merekalah mak dan ayah saya…duit masi boleh dicari..xkisah pun duit abes kalau bagi mereka…sbb duit xboleh balas jasa mereka….harap kita jangan abaikan mak dan ayah kita..xkiralah yang dah kawen ataupun belumm..tanggungjawab kita sebagai anak apabila kita sdhpun bekerja..yang penting semuanya halalan toyyiban insya Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: