Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Kisah DUIT tidak ada semasa di universiti

Kisah DUIT tidak ada semasa di universiti

Saya ambil kisah ini daripada seorang rakan facebook saya yang bernama Wan Infolelong, saya tahu ramai pelajar universiti kekeringan duit ketika di universiti
 
Ini mesej yang saya dapat dari rakan fb saya, Tuan Sharifudin Saufi pagi tadi.

Salam wbt. Abang wan, saya pelajar tahun 2 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA [USIM]. Saya pernah join seminar sublet & hartanah kat USIM tahun lepas. Rasa tak matang lagi masa tu. Sekarang, saya memang ada masalah kewangan yang sangat kritikal. Sem ni saya betul-betul pokai.

Saya nak ambil duit kat ATM tadi, tup2 ada RM24.97… Sebulan lebih lagi nak tunggu sem depan ni, PTPTN masuk bulan 2. Mmg kena guna talian hayat sahabat-sahabat. Nak mintak dengan keluarga, memang tak mungkin la. Sebab saya memang tak pernah minta duit belanja dengan mak ayah saya. 

Saya asal keluarga susah. Kalau ikutkan, sepatutnya masih banyak lagi duit simpanan saya ni. Bulan lepas je, Kakak pinjam RM1,000 sebab nk tebus emas yang tamat tempoh pajak gadai. Mak pulak pinjam RM500 untuk tebus motor yang digadai abang yang agak bermasalah. Saya memag tak nak ahli keluarga saya tahu saya takde duit. Duk USIM, memang saya kena berjimat. Saya beli nasi sebungkus je dalam sehari untuk saya makan 2 kali. Separuh pagi dan separuh petang. Jarang saya ikut kawan-kawan jumpa makan kat kedai.

CUTI Sem ni, saya memang tak dapat balik kampung, sebab saya betul-betul Takde duit. Saya stay di asrama. Kalau balik, paling sikit mesti habis RM150. 

Alhamdulillah, dalam cuti ni straight ada kursus SISPA (JPAM). 3 kursus direct. Dari kursus tu je dah beres belanja makan minum saya. Untuk masa akan datang, wallahu a’lam. Saya dah tekad, sem depan, nak cari duit asalkan HALAL. Saya nampak, Sublet dan hartanah la mungkin jalan yg terbaik. Tp, bila tengok harga kursus pon dah beratus. Macam mimpi siang hari.

Saya nak join seminar yang abang post kat fb, tapi saya memang tak mampu.
Saya harap Allah utuskan hambanya untuk berkongsi ilmu.
Saya tak tau nak wat apa dah. 

Gambar: Masih panas lagi resit yang saya printout kat ATM ni.

Photo: #sublet

Ini mesej yang saya dapat dari rakan fb saya, Tuan Sharifudin Saufi pagi tadi.

Salam wbt. Abang wan, saya pelajar tahun 2 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA [USIM]. Saya pernah join seminar sublet & hartanah kat USIM tahun lepas. Rasa  tak matang lagi masa tu. Sekarang, saya memang ada masalah kewangan yang sangat kritikal. Sem ni saya betul-betul pokai.

Saya nak ambil duit kat ATM tadi, tup2 ada RM24.97... Sebulan lebih lagi nak tunggu sem depan ni, PTPTN masuk bulan 2. Mmg kena guna talian hayat sahabat-sahabat. Nak mintak dengan keluarga, memang tak mungkin la. Sebab saya memang  tak pernah minta duit belanja dengan mak ayah saya. 

Saya asal keluarga susah. Kalau ikutkan, sepatutnya masih banyak lagi duit simpanan saya ni. Bulan lepas je, Kakak pinjam RM1,000 sebab nk tebus emas yang tamat tempoh pajak gadai. Mak pulak pinjam RM500 untuk tebus motor yang digadai abang yang agak bermasalah. Saya memag tak nak ahli keluarga saya tahu saya takde duit. Duk USIM, memang saya kena berjimat. Saya beli nasi sebungkus je dalam sehari untuk saya makan 2 kali. Separuh pagi dan separuh petang. Jarang saya ikut kawan-kawan jumpa makan kat kedai.

CUTI Sem ni, saya memang  tak dapat balik kampung, sebab saya betul-betul Takde duit. Saya stay di asrama. Kalau balik, paling sikit mesti habis RM150. 

Alhamdulillah, dalam cuti ni straight ada kursus SISPA (JPAM). 3 kursus direct. Dari kursus tu je dah beres belanja makan minum saya. Untuk masa akan datang, wallahu a'lam. Saya dah tekad, sem depan, nak cari duit asalkan HALAL. Saya nampak, Sublet dan hartanah la mungkin jalan yg terbaik. Tp, bila tengok harga kursus pon dah beratus. Macam mimpi siang hari.

Saya nak join seminar yang abang post kat fb, tapi saya memang  tak mampu.
Saya harap Allah utuskan hambanya untuk berkongsi ilmu.
Saya tak tau nak wat apa dah. 

Gambar: Masih panas lagi resit yang saya printout kat ATM ni.

p/s: kawan-kawan ada komen?
 
Dan ini adalah nasihat daripada kawan Wan Infolelong.
 
Assalam
Sedih pulak baca cerita student sublet Wan Infolelong.. nak join seminar tapi x dak duit

Teringat masa student pernah keja basuh pinggan kat stall kecik
Dptla rm15 utk 3 jam keja
Siap 2 kali makan and tapau makanan bwk balik..
Boleh cover duit minyak moto..
Biasiswa JPA berkepuk la..
Cuma x kenal hartanah lagi masa tu..
Skrg dh kenal,tp baru nk kumpul modal pulak..

So kalau org yg susah ckp, doctor x pa la, x pernah kerja susah.dtg dari keluarga senang..
Ehem,pembetulan
Mcm2 kerja pernah saya buat,
attendan pam minyak,keja bengkel,cikgu ganti,cikgu tusyen.cuci pinggan merangkap tukang jual nasik berlauk

Paling tak boleh lupa, keja pam minyak..hitam abih muka tangan,tgn kena minyak..jenuh nk cuci sebelum solat..dh la shif abih pkoi 3
Cek2 ballance short rm25..dulu pam, x boleh set brapa ringgit..gaji rm22 ja..(skali ja tu, hari pertama kerja)…negative pulak..
Siap cek duit pkoi 4..terkejan nk zohor..Alhamdulillah,masih terjaga solat.

Keja cikgu ganti (bukan kerana duit, tp cita2 ma ngan ayah nk aku jadi cikgu)
Aku gagahkan diri mengajar, bangun seawal jam 6 pagi.pergi sekolah tumpang pengetua, sekolah yg jaraknya lbh kurang 45 minit travelling.
mengajar pelajar tingkatan 5 semasa aku umur 18..mcm abg ajar adikla..nasib x dak yg nk jadi adik angkat
Kena perli tak pandai mengajar.tulisan tak cantik,
hurm xpa la..yg penting cita2 ma ayah tercapai
Keja la 2 bulan..smpai kawan2 panggil aku cikgu, masuk medical skoll, balik kawan panggil doktor cikgu..mcmana tu.

Apapun skrg, aku bersyukur dengan rezki yg ada.InsyaAllah aku bantu siapa yg memerlukan selagi aku mampu..
Apa yg aku beri adalah hak org lain,aku hanya pengantara..Namun aku tetap mencari rezki lebih.
Teringat kata2 seorg pakar muslimah.Kita org Islam perlu duit ( kaya),
Kalau tak,siapa nak bantu org Islam di Syria, Palestin..Org Islam yg perlu bantu

Pesanan iklhlas
Jangan lupa sedekah,jgn lupa zakat, jgn lupa hak mak ayah dan saudara Islam kita..untuk mencapai keberkatan.

Assalam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: