Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

12 Rabiulawwal adalah hari lahir Nabi kesayangan umat islam seluruh dunia. Nabi akhir zaman yang membawa rahmat seluruh sekalian alam.

Firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 107 yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam

Ayat ini sahaja menerangkan bahawa Nabi kita membawa rahmat bagi semua makhluk ciptaan Allah SWT, bukan manusia sahaja. Betapa mulia dan agungnya Nabi kita ini sehingga membawa rahmat kepada kita semua.

Sungguh besar dugaan dan ujian Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan dakwah agama agung iaitu Islam kepada masyarakat Arab ketika itu. Bukan setakat dihina, dikeji, dibaling batu, diejek oleh kaum kafir, malah ada yang hendak membunuh Nabi Muhammad SAW agar Agama Suci ini tidak disebarkan. Tetapi Allah SWT sentiasa menyelamatkan Nabi kita kerana Nabi kita adalah kekasih Allah SWT.

Syukur kerana kita adalah ISLAM hasil perjuangan Nabi kita SAW.

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita dituntut untuk berselawat ke atas nabi. Kalau boleh dalam sehari mesti berselawat sekurang-kurangnya 100 kali sebagai tanda kita cintai Nabi kita.

Selawat kita mestilah ikhlas keatas Nabi Muhammad SAW tanpa mengharap kebaikan atau kelebihan yang akan berlaku. Setiap kali kita mengucapkan selawat, hadirkan perasaan cinta kita ke atas nabi kita. Perasaan itu macam kita terlalu sayang kepada ibu bapa kita. Kalau kita sayang kepada ibu bapa kita, mesti kita selalu jumpa mereka, cium, peluk dan mendoakan kebaikan mereka. Begitu jugalah kita cintai dan sayangi nabi kita dengan berselawat dan ada perasaan sayang kepada nabi kita.

Cara selawat amat mudah. Kita selalu selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan juga Nabi Ibrahim AS semasa bacaan tahiyat akhir. Perkataan ‘SAW’ juga adalah selawat ke atas nabi kita.

SAW = sallallahu alaihi wasalam, bermaksud: Allah sejahteralah keatasnya.

Selawat rumi ringkas adalah : Allahumma solli ‘ala muhammad, wa ‘ala ali muhammad, bermaksud: Allah selawatkanlah ke atas Muhammad, dan ahli keluarga muhammad

Atau: Allahumma solli ‘ala muhammad, wa ‘ala ali wasalam, bermaksud: Allah selawatkanlah ke atas Muhammad, dan ahli keluarga dan kesejahteraannya.

Atau: Allahumma solli ‘ala muhammad, wa ‘ala ali wasohbihi wasalam, bermaksud: Allah selawatkanlah ke atas Muhammad, dan ahli keluarga dan sahabatnya dan kesejahteraannya.

Sesungguhnya selawat keatas Nabi Muhammad, keluarganya, dan sahabatnya amatlah dituntut. Keluarga dan sahabat baginda Rasulullah SAW turut bersama-sama berjuang dalam menegakkan syiar Islam. Maka, kita yang lahir sahaja sudah Islam kerana ibu dan bapa kita islam, eloklah kita perbanyakkan selawat keatas baginda Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda.

Mari kita tonton video ini agar mewujudkan rasa cinta kita terhadap Nabi kita:


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: