Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Mari Membaca Surah Ikhlas Tiga Kali Selepas Solat

Mari Membaca Surah Ikhlas Tiga Kali Selepas Solat

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Bis-mil-lah hir-rah-maa nir-ra-him

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ

Qul hu-wal-la-hu a-had

1.  Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

اللَّـهُ الصَّمَدُ

Al-lah hus-sho-mad

2.  Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

Lam ya-lid wa-lam yuu-lad

3.  Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Wa-lam ya-kul la-hu ku-fu-wan a-had

4.  Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Jika anda mahukan kelebihan surah ini mari melawati website ini: fadhilat-dan-khasiat-surah-al-ikhlas

Saya cuma hendak kongsikan sidikit pengalaman apabila mengamalkan membaca surah ikhlas ini sebanyak 3 kali selepas solat. Jadi sehari 15kali.

Surah ini memang sangat Agung.. kerana meng-ESA-kan ALLAH. Antara kelebihan yang saya perasan apabila mengamalkan ialah:

1. Hati dilatih menjadi ikhlas terhadap sesuatu perkara yang baik.

2. Setiap masalah, mesti Allah akan memberi ilham penyelesaiannya. Selalunya saya berdoa semasa membaca Al-lah hus-sho-mad.

3. Yakin yang Allah SWT sahaja saya meminta tolong, bukan kepada ibu bapa, pensyarah, adik beradik dan lain-lain.

4. Terasa bersemangat apabila memulakan sesuatu.

5. Mudah rapat dengan sahabat dan masyarakat.

Ayat ini pendek dan selalu diajar sejak sekolah tadika lagi. Tetapi ramai yang tidak mengamalkannya walaupun ayatnya pendek dan ringkas. Mari kita sesama mengamalkan setiap hari. Lelagi pelajar universiti yang muslim, elok sangat amalkannya apabila ada masa terluang, baca banyak kali. Lebih pun tak apa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: