Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Kesilapan kelima: Tiada EMOSI POSITIF untuk belajar ketika di universiti

Kesilapan kelima: Tiada EMOSI POSITIF untuk belajar ketika di universiti

Post saya yang popular di blog ini adalah

  1. Cara Belajar untuk Dapat A dalam Setiap Subjek
  2. Cara mendapat cgpa 4.oo
  3. BERJAYA mendapat IJAZAH KELAS PERTAMA

Terima kasih kerana melawati blog ini. Saya tahu ramai adik-adik yang hendak belajar atau sedang belajar di universiti mahu mencapai keputusan yang terbaik ketika universiti. Syabas kerana anda sudah mempunyai cita-cita atau matlamat hendak mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 4.00 flat katakan…

Namun, setiap kejayaan untuk diraih bukanlah mudah untuk dicapai. Banyak onak dan duri, dugaan, ujian dan cabaran yang harus ditempuhi. Itu adalah lumrah. Setiap dugaan ini, anda bukan sahaja perlukan ILMU yang tinggi dan mahir, malah anda juga perlukan EMOSI yang positif.

EMOSI memainkan peranan penting dalam belajar. EMOSI positif menyebabkan anda sentiasa UP. EMOSI negatif menyebabkan anda sentisa DOWN.

Contoh EMOSI POSITIF:

  1. YAKIN anda boleh capai.
  2. SEMANGAT yang tinggi mahu mencapai A.
  3. Sentiasa FIKIR anda boleh.
  4. TINDAKAN anda selalu positif – pergi kuliah diawal waktu.
  5. MESRA dengan rakan-rakan.
  6. AKTIF dalam aktiviti sukan, kelab dan persatuan.
  7. DOA-DOA yang baik.
  8. Sering berKATA-KATA positif – saya boleh mencapainya.

Apabila anda berada dalam EMOSI POSITIF, sudah tentu anda berada dalam keadaan yang bersemangat untuk belajar.

Namun begitu, terdapat pelajar yang sering DOWN atau memperlekehkan, memperkecilkan diri sendiri. Mereka ini sering kali berkata:

  1. “Aku tak pandai macam ko, ko boleh la dapat A” – jadi pelajar ini mendoakan dirinya tidak pandai.
  2. “Aku ini lemahlah subjek Math” – jadi pelajar ini sudah mengaku dirinya lemah dalam subjek Math, macam mana mahu dapat A kalau berkata camni?
  3. “Aku tak sukalah subjek Science” – terus terang, orang macam ini tidak akan bersemangat untuk belajar Science – camne nak dapat A?
  4. “Aku malas ar buat assignment ni, susah nak mampos” – tengok, awal-awal lagi sudah berkata malas dan susah, bergandalah mendapat gagal dalam subjek tu.
  5. “Dalam family aku, aku sorang jer tak pandai, adik beradik aku semua SPM banyak A sehingga belajar universiti luar negara” – downkan diri sendiri kerana compare dengan adik-beradik.
  6. “Sengallah pensyarah tu, aku marah betul dengan dia” – mendapat ilmu, kenelah menghormati pemberi ilmu.

Banyak lagi contoh-contoh yang mungkin anda tidak sedar bahawa anda sudah memperlekehkan kebolehan anda. Jadi, EMOSI positif, melahirakan TINDAKAN positif. bersama-samalah kita menjaga EMOSI kita supaya kita boleh mencapai apa yang kita ingini dengan mudah. Banyakkan usaha, doa dan tawakal.

emosi


2 Komen

  1. hana berkata:

    Bila yakin sgt2 masa jwb, tup2 kuar result tak seperti yang d harapkan.. 😌 hampa

  2. none berkata:

    sejak sklh menengah sye ni mmg x blh bla dgn sikap ngtif n x de keyakinan diri dan mmg mlg krane mmpnyai kwn yg sgt sikit.sye amat tkut sye x blh nk survive di u nanti

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: