Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Rahsia sedekah

Rahsia sedekah

Ini cerita untuk perkongsian daripada saya.

Dahulu, masa zaman universiti, zaman baru kahwin, saya hanya sedekah RM1 seminggu. Itupun kerana pergi masjid seminggu sekali setiap hari jumaat. Kalau tidak sembahyang jumaat kerana sakit atau hujan, maka tiadalah sedekah pada minggu itu.

Terus terang sejak dari kecil, saya tidak pernah dipupuk dengan amalan bersedekah. Pernah suatu ketika semasa tingkatan 3, seorang penjaja dari Pakistan datang ke rumah dengan berjalan kaki mahu menjual keratan ayat-ayat quran yang boleh ditampal. Penjaja tersebut memakai jubah dan kopiah, memohon membeli keratan ayat quran itu untuk membantu dia. Saya cakap tidak mahu beli, tapi dia meminta sumbangan ikhlas seberapa yang boleh kerana dia kata “we are muslim and we are brothers”. Saya tahu dia susah. Memang terasa mahu beri seringgit atau dua ringgit kepada dia. Tapi saya tiada duit untuk diberi. Saya tanya kepada ibu saya hendak sedekah atau tidak. Emak saya kata bukan senang nak cari duit, biarlah dia berusaha. Saya pun minta maaf kepada dia dengan perasaan serba salah.

Tetapi selepas kahwin, saya menghadiri seminar-seminar yang dianjurkan oleh banyak pihak. Saya pergi ke Seminar Berani 2013  Dr Azizan Osman di Melaka. Percuma jer. Kenal tak Dr Azizan Osman? Tak kenal ke… selalu gambar dia akan tunjuk kepala otak dia. Mesti kenal punya…

Ni gambar eh:

azizan

Saya amat tertarik dengan perkongsian beliau berkaitan dengan sedekah. Yang menyuruh beliau bersedekah adalah seorang jutawan cina yang tidak reti menulis dan membaca bahasa melayu dan inggeris. Jutawan cina itu tahu cakap cina jer dan Dr Azizan mahir bercakap bahasa mandarin. Jutawan itu bertanya kepada Dr Azizan berapa banyak dia telah sumbangkan duit atau sedekah? Jutawan itu percaya, banyak kita sumbangkan duit, lagi banyak kita dapat duit. Ternganga saya mendengarnya. Sebab orang cina yang bagi nasihat.

Kita biasa mendengar kalau bersedekah itu dapat pahala tapi tidak ramai yang mengamalkannya. Banyak yang kedekut. Orang islam sendiri yang kedekut. Bukan sahaja kedekut dengan orang ramai, tapi dengan isteri, anak-anak, dan ahli keluarganya pun berkira tentang duit. Apalah sangat sumbangan walaupun sedikit. Dahulu Arwah atuk saya pernah mengungkit, hanya bapa saya seorang yang bagi duit tiap-tiap bulan. Anak-anak yang lain susah mahu bagi duit. Setahun sekali pun susah. Bila Hari Raya tiba, berduyun-duyun anak cucu yang da bekerja datang ke rumah atuk. Tapi seorang pun tidak menghulurkan duit. Atuk saya jadi menyampah dengan anak cucu yang kedekut. Tetapi ada yang datang dan tidak mempunyai hubungan keluarga dengan atuk saya, memberi duit kepada atuk saya. Memang atuk saya selalulah puji orang itu dan atuk gembira apabila mereka datang ke rumah.

Kita boleh lihat masyarakat melayu. Sangat berkira menghulurkan duit. Setakat menghulurkan RM10 kepada orang tua, bukan boleh memiskinkan orang itu. Bagi je RM1 atau RM5, bukan boleh menyusahkan orang itu. Kekadang pelik tengok saudara mara seislam sebangsa yang berkira duit dengan anak bini mereka. Kedekut yang amat. Rumah isteri yang bayar, kereta isteri yang bayar, hal-hal anak isteri yang tanggung. Duit suami tidak boleh tahu berapa banyak dapat dan apa yang dibelanja. Sungguh cekal hati isteri tersebut dapat suami macam itu. Kalau islam, dah wajib minta cerai sebab isteri yang tanggung semuanya. Tapi mengenangkan anak-anak, isteri tabah menempuhnya. Yang si suami pula, sembahyang cukup 5 waktu sehari, tapi menunaikan tanggungjawab sebagai bapa amat susah sekali. Entahlah..

Bapa saya seorang yang amat pemurah kepada ahli keluarganya. Dia banyak berkorban untuk bapanya, adik beradik dan anak-anaknya. Dia menasihati saya dan adik beradik dalam bersedekah. Saya kongsi apa yang saya ingat.

  1. Sedekah yang paling penting dan utama adalah pada ahli keluarga. Kalau anak-anak yang sudah kahwin susah, kene sedekah pada anak tersebut. Kalau adik beradik susah, sedekah pada adik beradik tersebut.
  2. Sedekah yang kedua paling penting adalah jiran tetangga. Jangan biarkan jiran atau anak jiran anda kelaparan. Sedekahlah kepadanya.
  3. Sedekah yang terakhir, barulah kepada orang ramai, masjid, dan sebagainya.

Setelah saya menghadiri seminar Dr Azizan itu, baru saya sedar betapa peri pentingnya sedekah yang selalu diamalkan oleh orang-orang kaya dan jutawan walaupun mereka bukan muslim. Orang yang kaya ini mesti ada yayasan atau badan kebajikan mereka. Bukan setakat surau atau masjid yang mereka bina, bahkan pelbagai lagi sumbangan jutawan-jutawan ini. Contohnya Bilionaire Syed Mokhtar Bukhari.

Dalam alQuran banyak menyebut pasal rahsia sedekah. Antaranya:

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah : 261)

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

 “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)

Oleh itu, marilah kita meningkatkan amalan bersedekah. Antaranya:

  1. Kalau boleh buat 1 hari sedekah sekurang-kurangnya RM1. Buat selama sebulan, nanti anda akan merasai kelancaran rezeki  anda yang lain.
  2. Apabila hendak sedekah, tengok dompet anda, berapa nilai wang yang paling tinggi dalam dompet anda. Kalau ada RM100, dermakan RM100 itu. Insyaallah, sesuatu yang susah hendak dilepaskan tetapi anda derma kerana Allah, pasti ada balasan yang anda dapat.
  3. Kalau boleh, sedekah kesemua duit yang berapa dalam dompet anda.
  4. Sedekah pada waktu anda susah, waktu tiada duit walaupun anda hanya ada 10sen. Sedekah 10sen itu. Kerana anda melatih hati anda supaya mudah memberi. Kalau anda susah memberi pada waktu susah, pada waktu senang pun anda akan susah memberi juga. Jadi, latihlah diri anda supaya mudah memberi dan sedekah.
  5. Beri duit kepada adik beradik yang sedang belajar, sekolah, atau universiti.
  6. Beri duit kepada kedua ibu bapa anda. kalau boleh 10% daripada gaji anda.
  7. Beri duit kepada orang tua 60 tahun keatas yang tidak bekerja ataupun terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan.
  8. Beri duit kepada pengemis yang berada di pasar malam atau kaki lima.
  9. Beri duit kepada sesiapa sahaja yang meminta bantuan.
  10. Setiap kali dapat duit gaji, atau duit side income, beri sedikit pada anak-anak dan isteri.

Kalau mahu tahu rahsia lebih lanjut, boleh dapatkan ebook Rahsia Sedekah ini dengan click image di bawah:

sedekah


1 Komen

  1. Lyn Lyana berkata:

    Saya menarik dengan artikel yg disampaikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: