Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Keputusan SPM 2013 Keluar Hari Ini

Keputusan SPM 2013 Keluar Hari Ini

Teringat saya semasa mengambil keputusan SPM 2004, hampir 10 tahun yang lepas. Perasaan berdebar-debar sentiasa ada kerana kita mengharapkan keputusan yang bukan sahaja cemerlang, tetapi membanggakan ibu bapa dan guru-guru kita. Alhamdulillah saya dapat 7A1 1A2 1B3 1B4, so total 8A 2B. Syukur dapat membanggakan ibu bapa dan guru-guru saya walaupun tidak dapat semua A.

Tetapi kejayaan mendapat keputusan SPM bukanlah bermakna kita sudah berjaya dalam kehidupan kita. Kehidupan kita masih panjang lagi. Kalau ditakdirkan kita hidup lagi 60 tahun, adakah kita pasti kita menempuh kehidupan lagi 60 tahun itu dengan cemerlang. Banyak lagi alam yang perlu kita tempuhi seperti alam matrikulasi, alam universiti, alam pekerjaan, alam rumah tangga, alam bersara, alam tua dan yang terakhir alam akhirat. Sudahkah kita boleh pasti semua alam ini boleh ditempuhi dengan baik?

Keputusan SPM hanyalah penentu kemana destinasi belajar seterusnya. Kemana mereka pergi? Antaranya:

  1. Ramai yang cemerlang di peringkat SPM, akan dapat tajaan daripada JPA, MARA, Bank Negara atau Syarikat terkenal seperti Petronas, PNB untuk melanjutkan pelajaran di Kolej persediaan luar negara untuk mengambil A-Level sebelum mendapat tawaran belajar di universiti luar negara.
  2. Tapi lebih ramai juga yang belajar di matrikulasi-matrikulasi dalam malaysia ini sebelum belajar Ijazah Sarjana Muda di universiti tempatan.
  3. Bahkan lebih ramai juga yang terus mengambil diploma dahulu tanpa memasuki matrikulasi.
  4. Ada juga mengambil STPM.
  5. Ada juga yang tidak menyambung pelajaran dan terus bekerja untuk mencari pendapatan.

Walau bagaimanapun, ke mana hala tuju selepas SPM ini, usaha berterusan harus dilakukan. Minat belajar harus diteruskan kerana ILMU. Disebabkan ILMU lah, anda akan berada di atas ataupun dibawah…

 

Teruskan Berusaha hingga berjaya…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: