Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » Tips Menulis » Teknik Menulis Esei

Teknik Menulis Esei

Hai semua,

Kali ni saya nak kongsi cara menulis dengan baik. Ramai yang masih tak tau bahawa penulisan mereka masih lagi di takuk peringkat SPM. Huhu..bukan nak rendah sesiapa, tapi mari kita berlapang dada tentang kesilapan dalam menulis esei atau bentuk ilmiah.

Ok, meh kita cari beberapa artikel dalam blog/akhbar. Kali ni, saya ambil keratan akhbar online utusan:

Tajuk: Standard Industri Tablet

“TERUS mencuri tumpuan pada pameran Mobile World Congress 2014 di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini, Lenovo tampil memperkenalkan tablet terkininya, Yoga Tablet 10 HD+.

Menerusi peranti terbaharu ini, Lenovo sekali lagi menepati jangkaan dengan meletakkan standard baru dalam industri tablet mudah alih.

Paparan skrin Yoga Tablet 10 HD+ dinaik taraf dengan definisi tinggi penuh berserta resolusi mencecah 1920 x 1200 piuxel.”

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Megabait/20140414/me_01/Standard-industri-tablet#ixzz2zON1tHZg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ada tiga perenggan sahaja yang saya ambil. Ok, cuba kita tengok:

1) perrenggan pertama cerita tentang produk Lenovo tampil dengan tablet baru;

2) perenggan ke-2 cerita tentang tablet Lenevo tu menepati standard baru dalam industri tablet;

3) perenggan ke-3 cerita apa standard yang dikatakan menepati tu..

Nampak tak kaitan antara perenggan-perenggan di atas? Saling berkait.. betul tak? Kalau pemeriksa kertas esei anda selalu kata ayat anda lompat sana-sini.. anda kena tahu beberapa tips dalam menulis.

Ok lah, dalam article seterusnya, saya akan beritau tips-tips tu.. apa ayat nak letak untuk mengaitkan antara ayat dengan ayat. Bukan setakat kata hubung je tau..banyak aspek lain kita kena tengok..

P/S: semoga artikel pendek ni membantu sikit proses pembelajaran anda tentang menulis dengan baik.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: