Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Kisah Kejayaan Saya Semasa di Universiti Masuk Sinar Harian pada 14 Nov 2012

Kisah Kejayaan Saya Semasa di Universiti Masuk Sinar Harian pada 14 Nov 2012

Ramai orang membeli jamu

Di bawah pokok cuaca redup

Bersungguh-sungguh mencari ilmu

Ilmu dicari penyuluh hidup

 

Inilah serangkap pantun yang membuatkan Muhammad Hazrin Othman, penerima Anugerah Pengerusi  pada Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) kali ke-7 baru-baru ini tidak pernah putus asa untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi. Walaupun pernah gagal ketika belajar di institusi pengajian tinggi terkemuka di luar negara, namun berkat tidak mudah mengaku kalahnya dan restu ibu bapa, akhirnya beliau melanjutkan pelajaran di Unisel dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian).

 

Beliau yang dilahirkan pada 4 Februari 1987 di Melaka merupakan anak keempat daripada tujuh beradik. Tambahan dia adalah salah seorang anak peneroka Felda Palong 15 dan dibesarkan di kawasan Felda.

 

Anak muda yang bercita-cita untuk menjadi pengatur cara terhebat dalam bidang pengkomputeran  dan menjadi usahawan berjaya ini berkata, kini beliau sedang bekerja sebagai jurutera perisian di Syarikat CEO Consultancy Sdn. Bhd.

 

Ketika saya menjalani latihan industri di syarikat sama, saya sedaya upaya komited terhadap kerjaya sehingga diberi kepercayaan untuk menyelesaikan masalah pada system SKF@ptitude Analysis yang digunakan oleh lebih 5 000 syarikat di seluruh dunia.

 

Selain itu, saya sering menjadikan peribahasa Melayu yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya, katanya kepada Kampus.

 

Beliau yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada April lalu, sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa, isteri, adik beradik dan rakan-rakan yang telah banyak memberi dorongan atas kejayaan beliau. Anugerah yang diterima juga mendapat tajaan daripada Yayasan Selangor.

 

Sementara bagi penerima anugerah utama, Anugerah Canselor yang ditaja sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Nur Hanani Ishak, 24 berkata, beliau berpegang pada prinsip ; kejayaan datang bersama mimpi tetapi dengan hanya bermimpi tidak akan memberikan kejayaan.

 

Kejayaannya itu hasil minat mendalamnya dalam bidang ketenteraan yang telah mendorong Hanini memilih isu, Kurangnya remaja memasuki Angkatan Tentera Malaysia sebagai kerjaya untuk tajuk utama projek Ijazah Muda (kepujian) bidang Seni Reka Grafik Digital. Projek ini berjaya menghasilkan idea identity korporat yang kreatif serta menyakinkan kedua-dua penilai dalam dan luar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR). Justeru Unisel menganugerahkannya markah 4.0 gred purata (GPA).

 

Anak bongsu daripada tiga beradik kepada pasangan Ishak Abd Aziz dan Wan Halimah Wan Yusof ini memberanikan diri menyambung pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bidang Seni Reka Grafik Digital kerana minat mendalam terhadap bidang ini walaupun tanpa sebarang latar belakang seni.

 

Anak gadis yang senang dipanggil dengan Nini ini telah disenaraikan sebagai penerima Anugerah Dekan sepanjang pengajian selama tiga tahun berturut-turut dan sekali gus memperoleh Ijazah Kelas Pertama serta membolehkannya menerima biasiswa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Dan kini beliau telah menyambung pengajiannya ke peringkat ijazah  Sarjana dalam bidang seni (Pengajian Komunikasi Visual) di UPSI dan bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah.

 

( Kampus, Sinar Harian 14 Nov 2012 )


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: