Coretan Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Kelebihan Masuk UiTM

Kelebihan Masuk UiTM

 Kewujudan UiTM adalah untuk membantu bumiputra untuk mencapai kejayaan di menara gading. Dahulu dikenali sebagai (iTM) Institusi Teknologi Mara dan ditukar kepada UiTM (Universiti Teknologi Mara).

Mesti pelik kenapa UiTM mempunyai pelajar yang terdiri daripada bangsa Melayu dan bumiputra lain sahaja, manakala bangsa cina dan india tidak dapat belajar di UiTM. Hal ini kerana UiTM adalah salah satu Hak Keistimewaan Bumiputra yang dijaga, dibiayai, dan disokong oleh kerajaan Malaysia. Hak ini tercatat pada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dimana orang bumiputra akan diberi beberapa keistimewaan setelah menerima bangsa cina dan india sebagai warganegara.

Sejak Dato Seri Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri, banyak kampus-kampus UiTM dibuka seperti Seremban, Jasin, Pasir Gudah, Tapah, Samarahan dan Puncak Alam2.

Setiap negeri mesti ada  sekurang-kurang 1 kampus UiTM. Boleh lihat link ni: Kampus UiTM.

Tujuan utama universiti ini adalah:

The University is committed to helping bumiputera students achieve the highest scholarly level and to prepare them for careers in public and professional practice in various fields. Its formation is based on a vision of outstanding scholarship and academic excellence that is capable of providing leadership in various arenas.

Sumber:  Sejarah

Jadi, ramai orang melayu sekarang beriya-iya masuk UiTM. Ada datang daripada keluarga miskin, sederhana dan juga daripada keluarga kaya raya. Mak bapa bawa kereta BMW, Mercedes, Alphad pun nak hantar anak masuk UiTM. Kalau orang cina atau india, dah lama hantar anak mereka belajar di luar negara, masuk universiti terkenal, bergaul dengan bangsa lain dan mahir dalam komunikasi bahasa inggeris.

Tapi, masuk UiTM banyak kelebihan. Antaranya:

  1. Yuran terlampau murah. Cuma RM500-600 untuk satu semester untuk semua jurusan tidak kisah ijazah atau diploma. Tak kisah jurusan engineer atau lukisan. Semua sama. Kalau IPTA lain maun lebih RM1000 semester.
  2. Yuran murah, maka bapak leh bayar. Buat apa ambil PTPTN kan? takkan 500 untuk 1 semester pun mak bapak yang bekerja tak boleh kumpulkan?
  3. Kalau yang ambil PTPTN, banyak untung ooo.. Duit banyak boleh enjoy.. ehh.. simpan la tuk masa depan.
  4. Membantu orang bumiputra yang tidak mampu melanjut pelajaran, ada bantuan UiTM boleh sumbangkan.
  5. Universiti yang ditunjangi oleh kerajaan, support 100% tanpa mengira parti politik mak bapak eh. Bangunan baru bagi, alatan baru bagi, pensyarah support belajar, banyak lagi bantuan kerajaan yang kita tak nampak.
  6. Pensyarah dan tenaga pengajar yang professional, semua kerajaan support untuk belajar sampai PhD dan mengajar balik pelajar diploma dan ijazah.
  7. Persaingan sengit. Pelajar yang cemerlang pun masuk. Yang dapat straight A’s pun masuk.
  8. Banyak kursus professional seperti ACCA, CE, diperkenalkan.
  9. Banyak bantuan disediakan untuk menambah ilmu dan profession sebelum memasuki alam pekerjaan.

Memang rugilah kalau pelajar Melayu yang datang dari keluarga susah atau sederhana, tapi tidak mohon untuk masuk UiTM. Sebab ini satu-satunya Universiti yang Tolong Melayu bayar MURAH tapi berkualiti. Huhh..

Tapi, ramai yang dapat belajar di UiTM, tidak memanfaatkan peluang ini. Ada yang sengaja gagal, sengaja malas belajar, sengaja bersosial hingga lupa tanggungjawab belajar, dan akhirnya dibuang dari UiTM. Merugikan!

Ada pula, yang sudah berjaya mendapat diploma atau ijazah dari UiTM, mengutuk pulak UiTM kerana itu dan ini kerana dek pendapat liberal mereka itu.

Apa-apa pun Terima Kasih UiTM dan Kerajaan Malaysia kerana membantu dan memberi pendidikan kepada kaum bumiputra dengan baik dan cemerlang. Semoga kaum bumiputra berjaya kehadapan berbanding kaum-kaum lain.

 

 logo_uitm

 


134 Komen

  1. hlovate berkata:

    Salam . Saya lepasan SPM tahun ini . saya buntu kerana aliran di sekolah saya hanya aliran sastera layak kah untuk sambung belajar HEALTH SCIENCES ?

  2. Made In UiTM berkata:

    Can we feature your writing in our website madeinuitm.com
    Thanks please give us your consense 😃

  3. anonymos berkata:

    assalamualaikum bang berapakah anggaran kos satu sem untuk budak engineering di uitm

  4. khairol berkata:

    bro berapa yuran pendaftaran untuk diploma akaun

  5. Khai berkata:

    Berapa yuran pendaftaran degree dlm fisioterapi?

  6. Park Sandra berkata:

    Fuhh!!!masih mahal…kalau kolej komuniti rm200 je untuk satu semester.

  7. wan m nasir berkata:

    diploma kejuruteraan elektrik (elektronik) sepenuh masa dlm tempoh 5 semester.. satu semester berapa bulan?

  8. ika berkata:

    salam, untuk yuran master business berapa ye satu sem untuk part time student?

  9. side berkata:

    course tuk diploma pegurusan seni berapa setahun….

  10. iyra berkata:

    hi nak tnya ne .. dulu msa sya spm sya ambil kos sains (+maths,bio,fizik and kimia) kalau sya nak masuk uitm
    ambil kos akaun boleh tak? mohon pencerahan..

  11. iyra berkata:

    hi nak tnya ne .. dulu msa sya spm sya ambil kos sains (+maths,bio,fizik and kimia) kalau sya nak masuk uitm
    ambil kos akaun boleh tak? mohon pencerahan..

    • Hazrin berkata:

      Hi iyra, saya tak layak beri sebarang pendapat pasal pertanyaan ini, boleh tanya bahagian pengambilan pelajar di uitm.

  12. qamarul berkata:

    agree

  13. nabilah berkata:

    saya nak tnya, klau ambik bahagian engineering ambik masa berapa lama ye?

  14. Rohaidah berkata:

    Adakah kelayakan pelajar untuk masuk UITM mengambil kira pendapatan ibu bapa?

  15. Shazarul Afiq Bin Shuhami berkata:

    Saya nak tahu. berapakah yuran bagi kemasukan ke UITM dan berapakah kos kewangan sepanjang pengajian yang diperlukan?

  16. Hemalatha berkata:

    Sekiranya cuma ada 2 credit sahaja dalam SPM, layak kah memohon?

  17. zainol berkata:

    boleh bgtau struktur pengajian degree muamalat

  18. fazelah berkata:

    assalamualaikum,saya nak tanya..yuran maksud dia termasuk terus dgn pmbyaran buku,tmpt tinggal dgn pengajian ke? sbb saya skrg tengah runsing..nak masuk uitm ke atau ambik form 6..

  19. quiff berkata:

    mak bapak, aq setuju gn ko

  20. juwelin berkata:

    Saya ada 2B dan 2C tapi maths sy gagal macam mana boleh masuk uitm tak?

  21. Siti zahara binti masnan berkata:

    Adakah pihak uitm menyediakan pinjaman ptptn bagi pelajar baru masuk untuk yuran pendaftaran dan pengajian

  22. Madhiah berkata:

    Belajar kt sana mmg full English ke??

  23. kawaii neko berkata:

    kalau dekat sekolah ambik jurusan sains tulen,boleh x nak ambik asasi kejuruteraan …agak2 susah x kalau xde basic kejuruteraan

  24. siti nur izzaty berkata:

    assalamualaikum….saya lepasan stpm dapat tawaran pengurusan perkhidamatan pelanggan..boleh tak terangkan kos ini mengenai apa? adakah proses untuk penukaran subjek sukar?

Tinggalkan Jawapan kepada puteri Batal balasan