Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Rahsia Solat Sunat Dhuha

Rahsia Solat Sunat Dhuha

Bagi saya, solat sunat dhuha ini adalah amat penting dilaksanakan. Solat ini hanya perlu dilakukan sekurang-kurangnya hanya 2 rakaat sahaja.

Ramai manusia, termasuk para pelajar universiti merungut duit tidak ada dan selalu kelaparan disebabkan tidak mampu untuk beli makanan. Ada yang mampu belanja RM2 sahaja sehari.

Nak minta duit daripada ibu bapa pun tidak dapat sebab ibu bapa pun susah. Hanya mengharap duit PTPTN je la. Apabila di akhir semester, mulalah terasa kekeringan duit PTPTN. Dan akhirnya, ada yang terpaksa pinjam duit dari kawan, girlfriend dan saudara mara.

Sampai bila mahu jadi begini?

Sebenarnya, itu petanda bahawa REZEKI tidak sampai. Tahukan rezeki itu datang dari Tuhan, jadi kenalah minta daripada-Nya.

Salah satu cara untuk menjemput REZEKI itu adalah mengerjakan solat DHUHA secara konsisten dan tetap pada setiap hari. Amalkan setiap hari selama mana anda mempunyai kesempatan mengerjakan. Waktu menyempurnakan solat DHUHA adalah amat panjang iaitu antara pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Kalau hendak tahu lebih terperinci mengenai solah DHUHA, klik dekat link ini: shafiqolbu

Saya ingin berkongsi tentang amalan saya dan saya tidak mempunyai niat untuk riak atau menunjuk-nunjuk apabila menceritakan rahsia solat dhuha berdasarkan pengalaman saya ini.

Sejak sekolah, saya hanya tahu solah sunat rawatib, tarawih dan witir. Itu sahaja. Zaman universiti pun sama sahaja, sangat liat untuk mengerjakan solat sunat. Cukuplah solat fardu. Itupun subuh selalu tersasar dari waktunya.

Tetapi, semasa saya mula latihan industri/ praktikal di sebuah syarikat swasta, saya telah menanam azam yang tinggi untuk mengerjakan solat sunat dhuha dan taubat setiap hari. Pada masa itu, saya mahu berkahwin. Saya mula menyuarakan kepada ibu bapa saya yang saya mahu berkahwin walaupun tidak bekerja lagi. Ibu bapa saya pun runsing juga.

Tapi, saya kuatkan amalan agama saya seperti memperbanyakkan solat sunat, baca alquran, baca yassin setiap hari dan berzikir.

Akhirnya setelah 4 bulan menjalani praktikal, saya kahwin. Saya juga dapat pekerjaan di syarikat yang sama semasa praktikal. Rezeki alhamdulillah.

Syukur pada Allah, sampai sekarang masih dilapangkan masa untuk mengerjakan solat dhuha. Rasanya sudah lebih dua tahun saya cuba istiqamah menunaikan solat sunat ini.Saya selalu buat 2 rakaat dan kadang-kadang 4 rakaat. Itupun ada yang tertinggal sehari atau dua hari disebabkan hal-hal tertentu. Tapi hati ini terasa berat apabila meninggalkan solat ini.

Pernah suatu ketika, saya mahu mencari rumah sewa di Rembau, tengok dekat mudah.my tidak ada yang iklankan rumah untuk disewa. Saya pergi ke masjid pada hari Sabtu pukul 8 pagi, menunaikan solat ini sebanyak 4 rakaat. Rakaat pertama saya baca surah ayatul-qursi 11 kali, dan rakaat kedua surah al-ikhlas 11 kali. selepas itu saya berdoa agar dapat jumpa rumah untuk disewa.

Memang betul, saya pergi round di sekeliling taman perumahan dan bertanya kepada makcik yang sedang mencangkul depan rumahnya. Makcik tu kata, rumah depannya itu baru sahaja keluar dua hari yang lalu dan saya dapat menghubungi tuan rumah tersebut untuk bertanya pasal harga sewa.

Selang sejam lepas itu, isteri saya mengatakan ada kawan dia mahu berpindah, dan saya bolehlah menyambung sewa di rumah kawan itu. Memang sungguh ajaib ketika itu, macam mudah sahaja dapat rumah sewa.

Sebenarnya banyak lagi rezeki yang Tuhan bagi. Lelagi dapat menyuapkan nasi ke mulut. Setiap kali suap, terasa nikmat syukur dapat makan dengan baik. Kalau kena ulser mulut, tergigit lidah ke, tangan luka ke, mesti kurangnya nikmat makan itu. Alhamdulillah kita masih dikurniakan rezeki makan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menanam azam menunaikan solat dhuha setiap hari. Tunaikan seikhlas mungkin. Dan berdoalah kepada tuhan untuk memohon rezeki dengan ayat ini:

Ya Allah, jika rezekiku di langit, turunkan ia,

jika rezekiku di dalam bumi, keluarkan ia,

jika rezekiku jauh, dekatkan ia,

jika rezekiku susah, mudahkanlah ia,

jika rezekiku haram, sucikan ia.

Tunaikanlah pada setiap hari, sekurang-kurangnya 2 rakaat.

dhuha11


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: