Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Kehidupan mahasiswa tanpa hala tuju

Kehidupan mahasiswa tanpa hala tuju

Saya dapat artikel ini daripada Harian Metro dalam Kaunseling Remaja. Ceritanya begini:

Saya siswi yang kini melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi. Universiti yang saya belajar terletak di selatan tanah air.

Saya mempunyai keluarga yang sederhana. Bapa bekerja sebagai kakitangan kerajaan manakala ibu suri rumah yang baik dan ba­nyak berkorban untuk keluarga.

Walaupun baru bergelar siswi tahun pertama di universiti, saya berasa seperti tidak bermaya untuk meneruskan kehidupan ini. 

Apa yang saya buat dan lakukan penuh dengan kekosongan jiwa.

Saya merasakan hidup tidak mempunyai tujuan. Ada kalanya saya tidak mengetahui apakah peranan dan tujuan berada di dunia ini.

TIDAK BERMAYA,
Johor
 

 

Menurut Pakar Kaunseling, Dr Sapora Sipon, remaja itu harus mempunyai peranan dan tanggungjawab sebagai mahasiswa. Dr Sapora menulis:

Banyak faktor yang me­nyumbang kepada kekosongan ini. Ada ahli psikologi menjelaskan terdapat individu sering kehilangan diri walaupun berada dalam kelompok orang ramai. 

Manusia mempunyai peranan dan diberi tanggungjawab tertentu dalam hidupnya. Peranan dan tang­gungjawab memberi arah hidup. 

Tanpa peranan dan tang­gungjawab ini, kehidupan sering menjadi tidak ter­arah. Mempunyai peranan dalam kehidupan juga memudahkan matlamat hidup dicapai dan dapat memenuhi ruang kekosongan dalam kehidupan. 

Manusia dianggap mulia dan sebaik-baik kejadian di muka bumi. Manusia juga menjadi khalifah di muka bumi ini dengan menjalankan tanggungjawab dan tugasan mereka. 

Tanggungjawab itu amanah Allah. Kita sebagai manusia harus memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan tugasan mereka. 

Dr percaya adik juga mempunyai peranan dan tanggungjawab. Contohnya adik mempunyai peranan sebagai siswa di universiti. 

Peranan sebagai siswa mempunyai tanggungjawab tertentu. Antara tanggung­jawab itu ialah menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan dan mematuhi peraturan universiti, Banyak lagi tang­gungjawab yang perlu adik penuhi. 

Adik mengalami masalah kekosongan jiwa dan sering berasa tidak bermaya. Masalah ini boleh dikurang­kan dengan adik membuat reflek­si diri. 

Tanya diri sendiri apakah peranan yang adik boleh dan perlu mainkan. Luangkan sedikit masa adik untuk membuat refleksi diri dan seterusnya mencari dan menemui peranan itu. 

Selain itu, kesihatan diri juga perlu dijaga dan penting dalam memastikan minda dapat berjalan dengan baik. Amalan beribadah amat penting dalam usaha adik mengisi ruang-ruang kosong dalam diri.

 

Pendapat saya, mahasiswa ini mungkin kekurangan moral support daripada keluarga. Mungkin tiada kata-kata peransang yang dibekalkan oleh ibu bapa mereka. Mungkin juga siswi ini mengalami masalah kewangan dimana ibu bapanya tidak dapat membantu.

Ramai sebenarnya begitu. Yang datang dari keluarga susah, mak ayah cerai berai, mak ayah sudah tiada dan masalah dengan boyfriend atau girlfriend akan membawa anda ke arah moral down.

Apabila semangat down, anda akan merasakan menyesal sambung belajar di universiti, tiada minat belajar, malas menghadiri kuliah dan menyiapkan tugasan. Lebih teruk lagi apabila mengatakan hidup ini tiada erti, menyusahkan dan lebih baik mati daripada hidup..

Akhirnya… orang seperti ini akan gagal dalam mendapatkan segulung sijil di universiti itu.

Ramai saya jumpa orang seperti ini… orang susah ketika di universiti.

Nasihat saya satu jer… amalkan pergi ke surau atau masjid untuk solat, zikir dan baca al-Quran serta bergaul dengan orang yang selalu ibadah disitu. buat selama 40 hari berturut. Insyaallah anda dapat sesuatu yang baik atau rezeki yang baik.

Sebab tempat ibadah dan orang yang suka ke tempat ibadah membawa satu aura yang positif. Anda juga turut terkesan dengan aura itu. Secara tidak langsung, anda dapat perbetulkan anggapan anda sebelum ini.

 

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: