Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Tahniah: 37,467 calon berjaya ke IPTA

Tahniah: 37,467 calon berjaya ke IPTA

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Seramai 37,467 pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi dan asasi menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di 19 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini memberitahu, daripada jumlah itu, 3,062 calon beroleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 dan sebahagian besar daripada mereka memohon program kompetitif seperti perubatan, pergigian serta farmasi.

Menurut kementerian, secara keseluruhan, 74,071 calon lepasan STPM, matrikulasi dan asasi telah mengemukakan permohonan untuk memasuki sesi akademik 2014/2015.

“Daripada jumlah itu, 29,963 (42.4 peratus) pemohon adalah daripada aliran sains dan 44,108 (59.5 peratus) adalah daripada aliran sastera.

“Berdasarkan permohonan, 67,388 orang (90.9 peratus) adalah calon yang layak dan melepasi syarat am universiti serta syarat khas program pengajian, menunjukkan peningkatan sebanyak 16.5 peratus berbanding sesi lepas,” jelasnya.

Berhubung isu calon cemerlang yang tidak mendapat tawaran di mana-mana IPTA atau gagal memperoleh kursus pilihan pertama seperti yang dimohon, kementerian menjelaskan, kejayaan calon untuk mendapat tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian.

Menurutnya, calon dengan merit yang tidak begitu tinggi berkemungkinan besar tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian kompetitif.

“Begitu juga jika calon hanya memohon di IPTA yang popular, dia akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA berkenaan,” katanya.

Jelas Kementerian Pendidikan, situasi itu berlaku kerana tempat yang disediakan adalah sangat terhad berbanding bilangan pelajar yang memohon.

“Calon-calon yang tidak berjaya mendapatkan tempat di IPTA boleh mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan di laman web rasmi kemasukan (http://upu.moe.gov.my) sebelum tarikh tutup pada 22 Ogos, pukul 12 tengah malam,” katanya.

Kementerian Pendidikan turut menggalakkan pelajar-pelajar lepasan STPM, matrikulasi dan asasi untuk mengikuti program-program pengajian yang ditawarkan oleh Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang terdiri daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), politeknik dan kolej komuniti.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140820/dn_03/37467-calon-berjaya-ke-IPTA#ixzz3AuJsGTAU
© Utusan Melayu (M) Bhd


1 Komen

  1. Miss Aisyah berkata:

    peluang perniagaan Dalam bisnes top up semakin meluas dan berpotensi berkembang maju dari masa ke semasa. Peluang perniagaan nie terbuka kepada siapa sahaja tanpa mengira had umur, kedudukan status, tidak kira anda bekerja tetap atau tidak. Ianya terbuka kepada sesiapa yang ingin mencari pendapatan secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Boleh jadi suatu hari bisnes topup menjadi pekerjaan tetap anda.. dengan income yang anda puas hati.. IN SHAA ALLAH.. dengan usaha anda..Daftarlah sekarang !

    sesuai untuk :
    # pelajar IPT. Sebab apa ?. saya juga pernah menjadi seorang student IPT. Duit PTPTN memang tak cukup. Kita sebagai student juga mempunya keinginan untuk berbelanja . BETUL ATAU TIDAK ?
    # peniaga kedai runcit(TAK PERLU CHARGE RM 0.50 KEPADA PELANGGAN SEBAB DARI TOPUP YANG ANDA RELOADKAN KEPADA PELANGGAN ANDA SUDAH DIBERI KOMISYEN) disini anda mungkin mempunyai kelebihan. sebab apa ?. dari apa yang saya perhati dan telah saya survey. kebanyakkan penjual topup dari kedai2 runcit mengenakan charge tambahan 0.40/0.50 dan sebagainya kepada setiap pelanggan yang membeli topup sedangkan anda tidak.
    # penjawat sektor kerajaan dan swasta yang menginginkan income tambahan
    # penganggur terhormat yang tidak mempunyai sebarang income/pendapatan

    MEMPERKENALKAN !!!
    Part Time Bisnes (Topup) – Pakej Agen..

    Pakej Agen Topup Paling GEMPAK..
    Yuran Terendah, Profit @ Keuntungan Tertinggi Di Pasaran..

    Produk Yang Disediakan :-
    * umobile
    * Digibill
    * Celcombill
    * digi
    * digisidd
    * altelpin
    * xoxpin
    * maxis
    * Digisocial
    * Digisabahsarawak
    * Molpin
    * redtonebill
    * merchantrade
    * digiinternet
    * Buzzme
    * xox
    * italkpin
    * idflexi
    * celcom
    * Digibroadband
    * tron
    * umobile bill
    * clixterpin
    * friendsipin
    * tunetalk
    * maxisbill
    * NJOI
    * maxishoticket
    * Bangladesh Flexi
    * Nepal Flexi

    Utility Bill :-
    * Astro Bill

    UNTUK INFO LANJUT BOLEH SMS/WECHAT/WHATSAPP 0177259260 24 JAM. PANGGILAN TELEFON TIDAK DI GALAKKAN KERANA TERIKAT DENGAN KERJA
    ATAU
    BOLEH LIHAT TERUS DI LAMAN WEB BERIKUT
    http://i2isyah92.wix.com/bisnestopupgempak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: