Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » TAHNIAH: Hazzirah penerima Ph.D termuda negara

TAHNIAH: Hazzirah penerima Ph.D termuda negara

JOHOR BAHRU 1 Okt. – Tiada siapa menyangka bahawa pada usia baru mencecah 24 tahun, Hazzirah Izzati Mat Hassim sudah berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), sekali gus muncul sebagai penuntut termuda dianugerahkan kelulusan tersebut.

Bagi anak kedua daripada lapan beradik dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu, sebenarnya tidak terlintas di dalam benaknya apatah lagi untuk memegang gelaran penuntut termuda yang menerima Ph.D di negara ini.

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Muhamad Najib Zakaria, 26, pada 13 September lalu, Hazzirah Izzati mengakui kejayaan yang dikecapinya memberi suntikan semangat untuk dia terus melakar kejayaan pada masa akan datang.

“Bagi saya, yang penting kita kena berani. Malah, berani itu kata kunci yang saya guna sejak dari bangku sekolah lagi. Jangan pernah berputus asa biarpun dihujani dengan pelbagai dugaan dan cabaran, tambahan pula bidang pengajian yang saya pilih ini masih baru di negara ini.

“Saya juga melalui fasa kesusahan dalam tempoh tiga tahun setengah menyiapkan Ph.D ini. Kalau hari ini kita rasa berputus asa, esoknya kita perlu bangun segera dan lakukan sesuatu agar rasa negatif itu tidak berpanjangan,” katanya selepas menerima sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pemegang Ph.D termuda di sini hari ini.

Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Wahid Omar.

Hazzirah Izzati berkata, kejayaan diperoleh itu juga adalah hasil kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk keluarga dan penyelia utama, Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin serta penyelia bersama, Dr. Nor Muhainiah Mohd. Ali.

“Mereka banyak membantu saya dalam apa jua keadaan. Didikan keluarga yang mengajar saya berdikari dan membuat keputusan sendiri juga banyak mencorak kejayaan hari ini,” katanya yang merancang untuk terus melanjutkan pengajian dalam tempoh terdekat.

Hazzirah Izzati pernah mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 1, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai dan MRSM Bitara Pengkalan Chepa.

Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam program Ekspres UTM-Mara di UTM selama enam bulan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Berdasarkan keputusan SPM yang diperoleh iaitu 7A1 dan 3A2 serta keputusan peperiksaan akhir program Ekspres UTM-Mara, dia menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dan mendapat kepujian kelas pertama.

Hazzirah Izzati kemudian ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ph.D di bawah program Ph.D Fast Track UTM dalam jurusan Matematik Tulen.

Dalam tempoh pengajian Ph.D itu, Hazzirah Izzati turut menyumbang dalam penerbitan buku, jurnal berindeks dan tidak berindeks selain membentangkan hasil penyelidikannya dalam persidangan antarabangsa seperti Seminar Algebra Iran di Sabzevar, Iran; Biennial International Group Theory Conference di Istanbul, Turki; Asian Mathematical Conference di Busan, Korea dan Seminar Algebra di University of Brasilia, Brazil.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141002/dn_09/Hazzirah-penerima-PhD-termuda-negara#ixzz3Ex82eRJc
© Utusan Melayu (M) Bhd


2 Komen

  1. Hanafi berkata:

    Salam,

    Ada ambil upah sistem java? If ada boleh bagi contact number? Thanks

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: