Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Permohonan pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa

Permohonan pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa

Saya mendapat comment daripada pembaca mengenai perkara ini seperti gambar di bawah ini:

Comment

 

Baiklah saya kongsikan kepada pembaca sekalian.

Perkara ini mudah sahaja. Jika anda sudah dapat scroll Ijazah Kelas Pertama pada hari konvokesyen anda, maka cepat-cepatlah menghantar permohonan ini.

Langkah pertama: Baca dan fahamkan setiap perkataan dilaman web PTPTN ini: http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bayaran-balik/pengecualian

Apa dokumen yang PTPTN nak?

Dokumen-dokumen yang perlu disertakan:

i. Akuan Penerima biaya yang telah lengkap diisi. Pergi ke link ini: http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2 dan klik pada Borang Akuan Pelajar Bagi Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Pembiayaan

ii. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan. Biasanya orang itu adalah Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Bahagian Akademik IPT. Kalau tak tahu, pergi tanya pejabat Chansellory.

iii. Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.

iv. Bagi penerima biaya IPTS, salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

v. Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah)

Langkah kedua: Buat surat rasmi permohonan seperti di bawah ini. Jangan lupa ada tandatangan anda.

suratrasmiptptn

 

Langkah ketiga: Pos segala dokumen itu. Saya guna POS Express bersaiz A4 supaya dokumen itu tidak komot apabila sampai ke tangan pegawai PTPTN nanti.

 

Itu sahaja yang saya boleh kongsikan. Diharap anda semua teruskan belajar tanpa jemu demi mencapai keputusan yang terbaik.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: