Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » Motivasi » Rahsia Kehidupan No. 1

Rahsia Kehidupan No. 1

Hai semua..

Pernah dengar tak, ada orang cerita, kita mestilah mempunyai dedikasi?

Apa tu dedikasi?

Senang cerita, dedikasi tu maksudnya sepenuh perhatian dan fokus kepada sesuatu. Kita mestilah mempunyai dedikasi dalam sesuatu..apa dia? terpulanglah pada anda. Jika anda pelajar, dedikasi anda mungkin kepada:

1) kehadiran kelas;

2) perjumpaan berkala dengan penasihat akademik/ guru;

3) belajar 5 jam sehari;

dan macam-macam lagi. Tetapi, anda harus mempunyai target dedikasi yang khusus. Macam mana tu? Macam ni:

Target: meningkatkan gred daripada C ke A dalam matapelajaran Biologi

Dedikasi: 1) belajar 1 bab dalam masa 3 hari; 2) belajar 1 jam setiap hari untuk biologi; 3) berjumpa dan berbincang dengan guru pakar biologi di kawasan tempat tinggal anda (setiap bulan sekali); 4) mendapatkan CD tutorial untuk latihan makmal, khas untuk subjek biologi; 5) mempunyai buku nota khas biologi dan update setiap hari; 6) mempunyai buku yang paling bagus untuk ulangkaji, dan sebagainya.

Kesimpulannya, dalam berdedikasi, pastikan anda mempunyai perkara berikut:

1) Sumber: buku rujukan, buku nota harian, CD latihan makmal secara virtual; buku latihan daripada penerbit terkenal.

2) Guru: guru pakar dalam bidang (dapatkan mereka, hadiri tutorial yang mereka kendalikan); kawan pandai yang boleh membantu;

3) Jadual yang teratur dan bermatlamat: nyatakan dedikasi anda untuk setiap jam terluang

4) Mempunyai cara yang paling efektif untuk mengingat dan memahami: ada orang lebih ingat jika dia mendengar (hadiri kelas); ada orang ingat jika dia melihat (beli CD, tengok simulasi dalam youtube dsb); ada orang ingat jika dia membuat (banyakkan latihan amali, CD virtual latihan)

5) Duit peruntukan untuk sumber: simpan tau duit belanja untuk beli buku2, peralatan dll. Jika anda tak mampu, anda kena lebih bijak..pinjam buku di perpustakaan, jika tak ada, fotostat dari kawan2 (murah sikit daripada beli baru kan?), minta tolong cikgu untuk dapatkan bahan, minta perpustakaan belikan buku yang anda mahu. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..ye tak?

Itu saja yang admin boleh kongsikan kali ini. Semoga anda semua dapat ilham daripada nota kecil ni.

Nota: Admin nak maklumkan kepada semua yang admin akan kemaskini blog ni setiap hari Khamis untuk Rahsia Kehidupan. Nantikan ye..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: