Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Bagaimana untuk mencapai CGPA 3.50 keatas apabila tamatnya pengajian?

Bagaimana untuk mencapai CGPA 3.50 keatas apabila tamatnya pengajian?

ResponHana

Di atas merupakan komen yang saya terima. Saya tahu ramai sangat di luar sana mahu mencapai CGPA yang tinggi dan sekurang-kurangnya atas 3.00.

Bagi pendapat saya,

  • alang-alang masuk universiti,
  • belajar sepenuh masa,
  • mendapat biasiswa JPA atau pinjaman PTPTN,
  • ibu dan ayah memberi sokongan penuh termasuk kewangan

pelajar tersebut perlu mendapat keputusan yang baik dan cemerlang.

Bedasarkan soalan di atas, setelah 3 semester belajar, Hana telah mendapat CGPA 2.80. Jadi dia perlu mengharungi sekurang-kurangnya 3 semester lagi untuk melengkapi 3 tahun pengajian atau 5 semester lagi untuk melengkapi 4 tahun pengajian.

Jawapan saya ialah, Hana perlu mendapat GPA 3.7 ke atas pada setiap semester berturut-turut sehinggalah tamat pengajian. Memang ia agak mustahil dengan banyak alasan yang boleh diberi namun itulah jawapannya.

Berikut beberapa tip yang saya anjurkan untuk Hana ikuti:

  1. Setkan target untuk setiap subjek yang diambil pada semester akan datang. Tulis dan tengok setiap hari. Contoh: Mathematics dapat A dengan 99%.
  2. Assignment kena mulakan dari awal. Mesti jumpa pensyarah untuk bertanya dan berkongsi idea bagaimana anda menjawab soalan assignment tersebut.
  3. Sebelum hantar assignment, pastikan anda berjumpa dengan pensyarah untuk menanyakan samaada assignment anda menepati kehendak pensyarah. Mungkin ada satu atau dua perkara anda tidak masukkan.
  4. Sebelum final exam, pastikan anda bertanya dengan pensyarah anda, apakah tajuk-tajuk yang akan keluar.
  5. Gunakan teknik belajar yang berkesan dan pemahaman yang mantap. Kalau anda faham, anda akan sentiasa ingat. Bagaimana nak faham? Caranya anda boleh mengajar rakan seperti pensyarah mengajar anda.

Kadang-kadang kita sudah usaha, tapi masih tidak mencapai target yang dikehendaki. Maka ingatlah itu bukan kuasa kita. itulah dinamakan rezeki kita dan takdir kita. Walaupun kita mendapat CGPA bawah 3.00 apabila menamatkan pengajian, kita janganlah terlalu kecewa atau merendah diri. Sebaliknya carilah kekuatan diri yang lain seperti pandai bercakap depan orang ramai, pandai berniaga, pandai memasak, pandai menjahit dan sebagainya.

Jangan lupa untuk meningkatkan amalan rohani kita pada setiap hari. Di samping, solat fardu, solat sunat seperti dhuha dan taubat jangan lupa buat setiap hari. Zikir dan selawat sekurang-kurangnya 100 kali sehari. Hal ini dilakukan supaya memudahkan perjalanan kehidupan kita sama ada semasa belajar dan bekerja nanti.

Semoga saudara dan saudari dapat manfaat sedikit sebanyak daripada bacaan ini.

Terima kasih membaca😉


24 Komen

  1. hana berkata:

    Terima kasih.. 😃 saya akan cuba ikut nasihat yqng diberikan.. semoga encik dimurahkan rezeki.. aminn..

  2. siti hayati bt ab rahman berkata:

    saya suka baca tulisan awak ni walaupun sy ni dah berumur saya suka tips2 yang awak tulis, bagus, , mudah semuga dapat diamalkan.

  3. SOPHEA HANNIS BINTI SHARIN NIZA berkata:

    terima kasih banyak

  4. Asfa berkata:

    Salam, saya ingin mendapatkan nasihat daripada tuan atas masalah saya ini. untuk pengetahuan tuan, saya mengahadapi masalah untuk fokus, iaitu melalui pendengaran. sebelum ini, saya sangkakan saya menghadapi masalah pendengaran mungkin pekak. Saya bercadang ke klinik untuk untuk memeriksa telinga saya dan doktor ada mengatakan yang saya tiada sebarang masalah telinga… tetapi saya mengalami masalah kurang fokus dan byk berangan. disini saya ingin tahu, apakah jalan penyelesaian bagi saya sebagai student ijazah yang memerlukan penumpuan sepenuh perhatian dalam kelas. Kadang menjadikan satu masalah dan stress diatas situasi ini disebabkan terlepas dari apa yg lecturer katakan juga dari kawan2.

  5. ira berkata:

    salam tuan..nak tnya,kalau sem 1 n 2 sye dpt 3.1 n 3.4 je..masih boleh ke result pointer akhir sye nnti skor 3.5 n ke atas tuan?mohon sokongan

    • Hazrin berkata:

      Boleh jika sem seterusnya cik dapat lebih 3.5, kena think positif dan berusaha sedaya upaya. don gibap.

  6. ikah berkata:

    Asalamualaikum Encik. kalau sem 1 saya dapat 4flat tapi sem 2 dan 3 saya dapat pointer 2 point something dan total keseluruhan cgpa saya jadi 2.65. mungkin saya ada dalam dua sem lagi utk diikuti. bolehkah dan masih ada harapankan utk graduate 3.5 ke atas huhuhuhuuuuu

  7. sathiya berkata:

    Salam…..nak tumpang tny ye. Skrng saya di sem 5, pd sem 1-4 cgpa saya 3.0…so blh x saya tingkatkan pointer saya to 3.7 dlm 4sem yg baki ni…. If blh tlg sgst some tips utk saya. Tq🙂

  8. iqram hali berkata:

    Salam sejahtera…terima kasih di atas nasihat yang diberikan.. Saya menanti lagi lebih banyak artikel dari Rahsia Belajar di Universiti Dari pihak tuan. Saya harap pihak tuan dapat mengeluarkan topik bagaimana untuk score paper yang berbentuk essay di mana satu soalan memberi 10-20 markah..Kerjasama amat diharapkan..Terima Kasih

  9. sha berkata:

    Salam nak tny,sy tinggal satu sem saje nnti..cgpa sy skarang 3.04..boleh ke 3.6 sem 6 nnti?hehehe..

  10. sha berkata:

    Salam nk tny,maximum cgpa naim brape ye?

  11. cahaya kemuliaan berkata:

    Alhamdulillah penulisan yang mantap dan penuh susunan yang baik. Perkongsian ini telah membuka minda saya dan saya yakin kepada siapa2 sahaja yang membacanya.

    Terima kasih.

  12. MOHD fahmy berkata:

    Sy seorg part time student di UTM dlm jurusan kej mekanikal.. Memang susah utk sy fokus sbb apa yg tuan tulis memang sy hadapi memandangkan sy seorg ketua keluarga.. Apapun terima kasih atas penerangan tuan.. Sy akan kuatkan usaha sy utk berjaya.. Semoga tuan diberkati..

  13. Rabiatul berkata:

    Kalau sem 1 sy dpt 2.54 . sem 2 sy perlu dpt brpe supaya cgpa sy 3.0 keats?

  14. Nor Hidayat berkata:

    Assalamualaikum encik,sy punya cgpa sem 1 dpt 2.513 sbb sy ada fail 1 sbjk..then sem2 sy repeat, cgpa sy 3.156,sem 3 cgpa sy 3.122,sem 4 cgpa sy 3.192..skrang ni sy baru nk bermula sem 5…semua sy ada 8 sem tuk graduate..sy nk tnya..mmpu kah sy tuk bergraduate dgn pointer 3.75 or above?sbb sy punya u 3.75 bru dekan..

    • Hazrin berkata:

      Sebenarnya semakin meningkat semester, semakin susah subjek. Nak mencapai pointer tertinggi pun susah kalau kita tidak betul-betul memahami dan power dalam subjek yang diambil. Walau bagaimanapun, cuba kekalkan 3.0 keatas da cukup baik… Tapi memandang ada lagi 4 sem, memang mustahil nak grad first class degree sebab cgpa sekarang 3.2 tak cukup untuk pecut lebuh tinggi… Papepun fikir positif, kuasai kemahiran study dan soft skill untuk menempuh alam pekerjaan nanti..

      • Dira berkata:

        Assalam encik..nk tnye..klau sem1 cgpa sy 3.15, sem2 3.21, sem3 3.30, n sem4 3.12… memandangkn sy ade lg 1 sem n praktikal… pd pendapat encik bolehkh sy tmat pengajian dgn 3.5 ke atas? Maklumbls n pendapat en amat dihargai…

      • Hazrin berkata:

        Susah LA dira.

  15. dira berkata:

    Assalam encik..nk tnye..klau sem1 cgpa sy 3.15, sem2 3.21 , sem3 3.30, n sem4 3.12..memandangkan tnggl lg 1 sem n praktikal..pd pendapat encik bolehkh sy tamat pngajian dgn 3.5 ke atas? Mklumbls encik amat dihargai..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: