Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » IPT » Temuduga sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di UTeM

Temuduga sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di UTeM

Pada 8 Jun 2016, saya menghadiri temuduga di UTeM sebagai Pegawai Teknologi Maklumat F41 secara kontrak. Saya tengok senarai peserta temuduga lebih kurang 27 orang. Sebelum dipanggil interview, pegawai memanggil setiap peserta untuk melihat setiap dokumen atau sijil yang dibawanya.

Walaupun sijil atau dokumen tidak disenaraikan secara spesifik dalam surat temuduga, tapi common sense la kan interview kerajaan ni… sijil lahir, sijil degree, transkrip, ic, spm.. semua kena bawa.

So saya group pertama yang masuk bilik interview. Setiap group ada 5 orang, dan saya adalah no 5. Dalam bilik interview tu ada VC, Ketua Pendaftar 1 & 2, Ketua Peg TM, dan lain-lain. Kesemuanya ada 6 orang.

VC mengetuai kumpulan interviewer dan memulakan pertanyaan. Biasalah, soalan yang ditanya adalah ceritakan latar belakang, education, working experience dan sekarang buat ape. VC cakap, mulakan menjawab dalam BI dulu, lepas tu boleh la cakap dalam BM.

So, saya orang kelima yang menjawab soalan. orang 1,2,3,4 semua jawab dalam BM. Cerita background sendiri pun cakap BM. Saya pun pelik juga, sebab VC da bagitau, cakap dalam BI dulu. Tapi bila tiba giliran saya bercakap, saya popet la dalam BI sampai habis untuk menjawab soalan VC.

Selepas itu, Ketua Pegawai Teknologi Maklumat pula bertanya, apakah sistem atau software yang dilakukan sekarang. Bagi yang sedang bekerja macam saya ni oklah. Tapi bagi orang yang fresh grad, atau sedang sambung master, kenalah cerita pengalaman yang lepas masa degree ke, masa praktikal ke, diorang kendalikan sistem ape.

Selepas tu, Ketua Library kalau tak silap bertanya, apa yang kamu tahun pasal UTeM. So boleh la cerita background UTeM diasaskan. Ada yang cakap diorang suka environment kat UTeM sebab dia grad dari UTeM, ada yang cakap UTeM fokus pada teknikal dan sebagainya.

Next, salah seorang interviewer tanya, apa yang selalu kita buat mengisi masa lapang. So, soalan ni, eloklah dijawab yang kita ni bersosial, main futsal ke, maraton ke, aktif bersukan, aktif dengan masyarakat. Ada yang cakap dia suka bagi makan kucing terbiar, aktif dalam NGO dan sebagainya.

Sebelum tamat sesi interview, VC tanya ada pape soalan? So, masa ni saya tanya 2 soalan, iaitu berapa orang diperlukan dan bila keputusan interview. Ada sorang tanya boleh ke mohon kenaikan gaji bedasarkan pengalaman. Dan yang lain tidak bertanya apa-apa. So, kalau boleh prepare la beberapa soalan untuk bertanya.

Oleh kerana interview da lama berlaku, keputusan pun sudah ada. Saya berjaya. Alhamdulillah. Sekarang pun sedang menunggu sama ada permohonan saya untuk kenaikan gaji diluluskan atau tidak sebab gaji yang diberikan adalah fresh grad F41, termasuk elaun adalah 3+++k

Apabila saya hantar surat resignation, syarikat swasta yang saya kerja sekarang ni nego dengan saya, dia naikkan gaji 1k kalau saya sambung. Kalau nak ikutkan gaji di swasta ni da menghampiri 2 kali ganda daripada gaji yang ditawarkan oleh UTeM.

Apa-apa pun saya decide kerja di UTeM sebab dekat dangan mak ayah di Melaka. Alhamdulillah. Bak kata orang, duit boleh dicari., tapi kebahagian keluarga dan kasih sayang ibu bapa dapat dirasai apabila kita sentiasa dekat dengan mereka.

 

 

 

 

 


2 Komen

  1. MOHD FAHMY berkata:

    Tahniah kerana diterima bekerja di sektor kerajaan. Cumanya, diharap tuan dapat bekerja dengan penuh integriti, amanah dan yg paling penting adalah kerjasama antara satu sama lain. Sebagai seorang pegawai kumpulan professional, kumpulan pelaksana adalah aset yg paling penting. Layanlah kumpulan tersebut seperti taulan dan bukan lawan. Saya adalah daripada kumpulan itu selama 10 tahun. Pegawai atasan sy atau lebih glamour disebut Jurutera merupakan seorg yg terbaik setakat ini. Bukan bermaksud utk bodek, taip hakikatnya sy lah yg menilai taraf seseorg kerana cukup lama berada di bawah pengawasan beliau. Tahniah sekali lg. Doakan agar sy dpt menghabiskan pengajian ijazah sy..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Facebook Rahsia Belajar

%d bloggers like this: