Rahsia Belajar Di Universiti

Utama » Siapa Penulis?

Siapa Penulis?

PENGENALAN DIRI

Saya merupakan seorang bekas pelajar di Universiti Selangor (Mei 2009 – Mac 2012) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer. Sebelum berhasrat melanjutkan pelajaran di UNISEL, saya telah usha beberapa institusi pengajian tinggi. Untuk memasuki IPTA pada umur 22 tahun (2009) adalah amatlah sukar kerana persaingan antara pelajaran lepasan SPM, STPM dan juga diploma. Saya yang memiliki sijil Australia Matriculation (AUSMAT) diperolehi ketika belajar di INTEC UiTM Seksyen 17, amat sukar untuk memasuki IPTA dengan memohon secara online.

Sebenarnya, saya pernah gagal dalam mengejar impian saya mendapatkan ijazah sarjana muda daripada universiti luar negara iaitu University of Western Australia. Selama dua tahun saya belajar di situ dalam bidang sains komputer, saya dapati banyak faktor-faktor yang menyebabkan saya tidak boleh lulus dalam subjek yang saya ambil. Akhirnya saya pulang ke Malaysia sebagai seorang yang tidak mempunyai harapan langsung untuk menyambung belajar.

Namun, bapa saya seorang yang berpandangan jauh. Dia kata kepada saya “Selagi abah mak hidup, kau sambunglah belajar. Abah dan mak akan bantu.” Itulah semangat yang saya terima daripada bapa saya. Akhirnya saya memohon untuk memasuki universiti menggunakan sijil AUSMAT secara online.

Ada orang cakap, kalau sijil camni kene pergi terus ke mana-mana pejabat pendaftar IPT dan memohon secara manual. Namun, adalah amat sukar bagiku untuk memandu kereta ke hulur ke hilir untuk pergi ke IPT. Takut papehal terjadi ditengah jalan, saya memilih untuk memohon secara online. Alhamdulillah, setelah memohon beberapa IPTS, UNISEL memberikan jawapan yang positif.

Namun semasa hari pendaftaran, saya terpaksa menunggu selama satu jam semata-mata untuk mengesahkan sama ada sijil matrikulasi (AUSMAT) mempunyai pengiktirafan MQA. Akhir, berjaya jugalah saya lepas untuk memasuki universiti. Syukur pada Allah dan berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana saya dapat menjejaki ke universiti semula.

Setelah mendaftar, saya telah menanam impian yang besar untuk berjaya dengan cemerlang di universiti. Impian saya besar, azam saya kuat, matlamat saya jelas ketika melangkah masuk pertama kali ke hostel Unisel di Bestari Jaya. Pelbagai cara telah saya lakukan untuk cemerlang dalam pelajaran. Akhirnya setelah tiga tahun belajar, keputusan terakhir saya adalah sangat memuaskan saya iaitu CGPA 3.86. Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana apa yang saya hajatkan telah tercapai.

Pada semester terakhir, saya telah menjalani praktikal atau latihan industri di salah sebuah syarikat swasta di Shah Alam. Syukur dengan kurniaan rezeki daripada tuhan, saya telah ditawarkan terus bekerja di syarikat tersebut pada awal bulan April 2012. Dan pada bulan pertama saya bekerja, saya juga bernikah dan mengadakan majlis perkahwinan pada hujung bulan April 2012. Alhamdulillah, keluarga saya memberi sokongan yang tak berbelah bagi untuk menjayakan majlis perkahwinan tersebut.

Walaupun saya bukan pakar motivasi yang mempunyai PhD seperti Dr Fadilah Kamsah, Dr itu, Prof ini dan setaraf dengannya, saya harap, hasil tulisan ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dan sumber inspirasi kepada anda untuk berjaya ketika di universiti.

Sekian daripada saya,

Hazrin passport size2

Muhammad Hazrin

Software Engineer

Facebook page

%d bloggers like this: